About Me

Blog Name ; lalalala

My Name is Marjan..change with yours!!!!!
Wishlist

What's yours?
Memories

â?¥ December 2011 â?¥ March 2016
Affiliates

Friend | Friend | Friend | Friend | Friend | Friend | Friend | Friend | Friend
Bahagian 9 : Sayu Kota Lubnan
Wednesday, 16 March 2016 | 01:07 | 0 kura-kura
Tarikh : 3 Februari 2016
Masa :  7.00 pagi
Tempat : Apartmen Ketermaya Iklim El-Khouroub El-Chouf, Ikhlas, Lapangan Terbang Beirut

Pagi ini sayu sesayu hatiku. Kami bakal meninggalkan Ketermaya hari ini. Selesai solat, Al-Mathurat dan sarapan,  kami mengemas bilik apartmen yang kami duduki. Setelah itu, semua bagasi dibawa keluar dan Nadine sudah berada disitu. Kami berjalan ke ACA dan naik bas untuk menuju ke Ikhlas iaitu kedai menjual manisan. Begitu banyak manisan yang dijual disana sehingga rambang mata aku dibuat. Sekotak manisan yang terisi pelbagai manisan dibeli dengan harga 10 USD. Lama juga kami di Ikhlas, masing masing ingin membeli sebagai buah tangan untuk diberi kepada rakan di Malaysia. Setelah itu, kami pulang ke Muassasah dan berjumpa dengan semua staf staf disana dan bersalam untuk kali terakhir, suasana membuatku sedikit sebak. Kemudian, kami semua ke hadapan Muassasah untuk sesi fotografi bersama sama. Hampir jam 10 pagi, kami semua naik bas dan tangan melambai kepada semua yang ada disitu.
            Tiba di lapangan terbang, kami terus meluru ke kaunter check in bagasi dan terus berjalan ke balai pelepasan.Agak lama menunggu hinggalah satu jam selepas itu, kami terus masuk ke perut kapal terbang Kuwait Airways. Perjalanan ke Malaysia memakan masa 15 jam termasuk transit di Kuwait. Tiba di Malaysia dan jarum jam menunjukkan hampir 1.30 pm. Kaki berpijak turun dari kapal terbang dengan jiwa dan nafas yang baru. Jiwa seorang khalifah Allah yang ingin menebarkan kebaikan di alam ini. Begitu juga kehidupan seorang pendakwah yang mana selain beribadah kepada Allah, pendakwah mempunyai tanggungjawab dalam menyelamatkan manusia di muka bumi Allah ini dan menjadi rahmatan lil ‘alamin. Pengalaman di Lubnan banyak mengajar aku erti kehambaan dan kasih sayang sesama saudara Islam. Kesyukuran terpancar tatkala merenung wajah wajah saudara seislam di sana. Manakan tidak, bibir yang sering merungut ini sering alpa dan terlupa bahawa terdapat insan yang lebih susah dan menghadapi keperitan jauh lebih banyak dari kita. Mereka yakin tanpa persoalan. Yakin dengan apa yang ditetapkan olehNya dan syahid di tanah air adalah sememangnya satu matlamat mereka.  Harapan aku, semoga usaha yang dilakukan ini dipandang oleh yang maha Esa.Amin.

Ya Rabbul Izzati
Keindahan embun pagi dan terbitnya mentari tiadalah dinikmati
Di fikiran mencari ceruk lorong  melindungi diri
Ibu ayah dibunuh , Bashar Al Asad menzalimi
Letupan bom, tembakan peluru menjadi santapan telinga setiap hari

Wahai anak Syria perindu Syahid
                                             Bulan bintang menghiasi malam hari         
Bertebaran ke sana sini mencari perlindungan diri
Kecantikan malam tidak bisa menghilangkan ketakutan di dalam diri
Namun, tenanglah wahai hati kerana surga menanti
Dan Allah pasti sentiasa disisi

Bahagian 8 : Aku Jatuh Cinta
| 01:06 | 0 kura-kura
Tarikh : 2 Februari 2016
Masa :  7.00 pagi
Tempat : Apartmen Ketermaya Iklim El-Khouroub El-Chouf, Arts Science and Technology University of Lebanon, Ancienne Place Deir Al Qamar,Rumah Pelarian Syria, Beirut, Chamsine

Pagi ini seperti biasa selepas selesai solat dan al-Mathurat, kami akan sarapan. Kali ini agak berbeza pabila untuk pertama kalinya kami memasak magi pada waktu pagi untuk sarapan. Selepas sarapan semua berkumpul untuk bersiap ke AUL iaitu Arts Science and Technology University of Lebanon. Setibanya di sana, kami terus menuju ke bilik mesyuarat utama universiti tersebut. Kami dihidang dengan sedikit jamuan ringan dan agenda diteruskan dengan perbincangan dua hala mengenai university masing masing. Menurut dekan university itu, 50% daripada yuran pengajian akan ditanggung oleh pengarah university. Ini kerana university AUL merupakan university yang tidak mementingkan keuntungan namun pendidikan kepada pelajar-pelajarnya. Terdapat tiga fakulti keseluruhannya iaitu fakulti Pentadbiran Perniagaan, fakulti Sains dan Seni Halus serta fakulti Seni dan Kemanusiaan. AUL juga menerima pelajar antarabangsa dan kebanyakannya pelajar China.  Perbincangan diteruskan , majalah yang bertajuk al-I’jaz diedarkan kepada setiap dari kami beserta pamphlet AUL. Ku buka sehelai demi sehelai, setiap perkataan semuanya dalam bahasa arab. Sementara itu, aku memerhati betapa khusyuknya setiap orang mendengarkan ucapan dari seorang Sheikh , tidak dapat ku pastikan namanya. Tetapi bila pergi mendekat, percakapan beliau begitu berhikmah, setiap tutur katanya mempunyai kebaikan dan ku mulai terpegun mendengarkannya. Selesai perbincangan di bilik mesyuarat utama, kami dibawa bilik ke bilik termasuk bilik komputer, bilik kejuruteraan, bilik robotik, bilik elektronik, studio dan macam macam lagi. Masuk ke bilik robotik terlihat robot yang dicipta oleh pelajar dan akan dipertandingkan dalam VEX pertandingan robotik antarabangsa yang sering diadakan. Manakala di dalam bilik elektronik terdapat kalkulator yang dicipta sendiri dengan menggunakan papan litar dan bahan elektronik yang lain. Secara keseluruhannya, bilik bilik yang dilawati tidaklah begitu besar tetapi produk yang dihasilkan pelajar mereka begitu menakjubkan dan perlu dicontohi.  Seterusnya,  kami berjalan hingga ternampak ada satu kaunter yang bertulis ‘Cashier’ dan rupanya ia adalah kaunter bendahari university yang terletak di tingkat bawah dan terbuka bagi memudahkan urusan pelajar. Seetelah selesai penjelajahan kami di universiti itu, sesi penyampaian cenderamata bagi dua dua pihak dan sesi fotografi diadakan sebagai kenang kenangan. Manakala beg dan coklat diedarkan kepada seorang daripada kami .  Pengalaman menjelajah ke universiti di Lubnan ini banyak memberi impak dari segi pentadbiran dan akademik yang boleh dijadikan teladan bagi penstrukturan masa hadapan.
            Setelah lama berada di AUL , kami teruskan perjalanan ke kawasan perkampungan Druze dan berhenti solat di Ancienne Place Deir Al-Qamar. Dengan berwudhu , kaki melangkah ke masjid Fakhreddine iaitu masjid yang tertua  di Gunung Lubnan. Masjid yang dibina sejak tahun 1493 ini masih kekal dalam bentuk asalnya sehingga kini. Di tengah Deir Al Qamar pula dikenali sebagai Dany Chamoun Square. Tempat bersejarah itu adalah untuk memperingati Assyahid Dany Chamoun iaitu seorang ahli politik Lubnan yang terkenal dimana terdapat tugu dan plak nama yang bertatahkan nama Assyahid Dany Chamoun.  Ditengahnya pula terdapat pancut yang diberi nama Circular Drinking Mountain yang dibina pada kurun ke 19 pada zaman Moutassarifat. Setelah bergambar , kami membeli sedikit buah dan kekacang yang segar di pinggir jalan seperti kismis, aprikot, tin, walnut dan lain lain lagi. Pilih sahaja yang mana mahu akan ditimbang dan diberi harga yang berpatutan. Setelah itu, kami dibawa bersiar siar melihat gunung ganang di perkampungan druze. Dapat dilihat sepanjang jalan, istana istana lama yang terletak dipergunungan dan ada juga ternampak bekas tempat tinggal pelarian Palestin yang mungkin kini sudah bertebaran. Perjalanan ini membuka mata untuk aku lebih mempelajari lebih mendalam mengenai sejarah, bukan sahaja sejarah lain, malahan sejarah di negaraku sendiri. Bak kata pepatah “Sesiapa yang melupakan sejarah, pasti akan mengulanginya”.
            Setelah itu, kami terus menuju ke destinasi seterusnya untuk agenda yang lebih besar iaitu rumah rumah pelarian Syria yang terdapat di Ketermaya. Tempat tinggal pelarian Syria kali ini lebih berbeza berbanding mukhayyam yang kami sudah pergi pada hari sebelumnya. Mereka tinggal didalam rumah dan hidup seperti penduduk Lubnan yang lain, perlu bekerja dan membayar sewa rumah. Bila aku disana, mereka seakan gembira dan terlalu teruja untuk menunjukkan kepada kami tempat tinggal mereka. Selain itu, terdapat keluarga pelarian Syria yang tinggal di kabin kecil, kabin sederhana besar dan rumah yang masing masing perlu membayar sewa rumah sebanyak 50, 150 dan 200 USD kepada kerajaan Lubnan. Bila ditanya ada kanak kanak Syria berumur 10 tahun yang terpaksa bekerja menjual sayur untuk menanggung keluarga. Kaki berjalan menuju ke sebuah rumah yang beratapkan jalanraya, seolah olah kami masuk ke dalam rumah bawah tanah. Perasaan sebak mulai menguasai pabila melihat keadaan keluarga ini. Keluarga Syria yang terpaksa tinggal di rumah ini untuk meneruskan hidup dan menjual gula gula kapas untuk menyara hidup. Bagi meringankan sedikit beban keluarga ini, Prof membeli semua gula gula kapas yang dihasilkannya. Lelaki Syria ini juga turut menunjukkan kepada kami cara bagaimana menghasilkan gula gula kapas menggunakan mesin yang telah dikhaskan.
            Lori sumbangan sudah tiba dan kini tiba masanya untuk penyampaian sumbangan pek makanan kepada setiap keluarga Syria di sini. Mereka tersenyum ria. Seterusnya, kami menuju ke rumah pelarian Syria yang lain dan tidak jauh dari situ. Anak patung beruang diberi kepada anak anak Syria dan klip rambut dikepala anak perempuan mereka. Anak anak Syria berlari lari keriangan melihat kehadiran kami. Pelarian Syria yang tinggal di sini juga perlu membayar sewa sebanyak 200USD dan bila dilihat keadaan rumah mereka itu tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan harga sewa rumah tersebut.   Selepas itu, aku dukung salah seorang anak Syria, menuju ke tepi jalan dimana keberadaan lori kami bersama pek makanan sumbangan. Setibanya disitu, dia berlari terus memeluk bapanya. Aku tersenyum melihat gelagatnya. Seterusnya seperti biasa, pek makanan sumbangan diberi dan disampaikan oleh setiap dari kami dengan harapan sumbangan yang sekecil ini dapat meringankan sedikit beban mereka.
Usai penyampaian sumbangan,  kami terus dibawa pulang ke muassasah ACA.Solat ditunaikan dan ada sedikit penyampaian cenderamata daripada USIM kepada ACA dan sebaliknya. Aku mendapat goodies beg yang berisi  dua helai selendang dan  baju sejuk. Di muasssah, aku tidak lepaskan peluang untuk membeli sedikit produk yang dihasilkan seperti kain telekung, dulang yang bercorak dan kotak perhiasan yang bertulis Lebanon. Semuanya pada harga 10 USD setiap satu.
            Seterusnya, disebabkan esokya adalah hari keberangkatan kami pulang  ke Malaysia, kami meminta untuk dibawa ke Beirut, syurga bagi orang arab dek keindahannya. Perjalanan lebih kurang 1 jam ke sana dan setibanya di Beirut,  pakcik memeberhentikan bas dipinggir jalan berhadapan masjid Mohammad Al-Amin. Berpegangan tangan dan melintas jalan, kami terus meluru ke masjid tersebut dan mengambil gambar di luar masjid. Setelah itu, kami teruskan perjalanan dikota Beirut ini, kelihatan lampu neon di setiap bangunan yang megah berdiri, pusat beli belah yang penuh dengan barang berjenama D & C, Gucci dan bermacam lagi. Di tepian jalan kelihatan tentera Lubnan sedang mengawal keselamatan kota Beirut, ada yang senyum dan ada yang pelik melihat kami di tengah tengah kota metropolitan ini. Kaki sudah lenguh berjalan , mata tertancap kepada photopoint besar yang bertulis I love Beirut . Kaki yang lenguh tadi dilupakan dan aku terus berlari ke photopoint tersebut. Gelagat kami masa itu seperti rusa masuk kampong. Gambar demi gambar diambil untuk dijadikan kenangan semasa berada di Malaysia nanti. Kemudian, kami menuju ke suatu tempat yang dikenali sebagai symbol Beirut iaitu Raouche atau Pigeon Rock yang terletak tidak jauh dari situ. Kelihatan batu besar yang seakan ais di dalam filem Titanic itu tertonjol di atas air. Bagi yang datang melancong ke Lubnan janganlah lepaskan peluang untuk berkunjung ke kota ‘Paris of The Middle East’ ini . Seterusnya, kelihatan dua orang lelaki yang sering melihat kami dan pabila dihampiri mereka mengatakan bahawa mereka daripada Syria. Kami ingin bertanya lebih kepada mereka tetapi diarah oleh Sis Najwa untuk segera naik bas dan pulang ke Ketermaya.
            Dalam perjalanan pulang, kami singgah di suatu kedai besar Chamsine , ala ala kedai manisan tetapi dipanggil huluwiyat oleh orang arab. Malam itu, sis Najwa ingin belanja kami. Selepas memilih aiskrim vanilla disalut biskut, aku terus berjalan melihat suasana di dalam kedai tersebut ditambah dengan suara riuh rakan rakan yang lain sedang memilih kek untuk dibeli. Aku berjalan ke bas dan menunggu rakan lain siap membeli manisan yang digemari dan setelah itu kami terus pulang ke Ketermaya. Malam ini merupakan malam terakhir aku di Lubnan khususnya Ketermaya. Mungkin aku akan merindui Lubnan , sahabat ACA dan anak anak Syria.  Pelarian Syria banyak memberi aku inspirasi dan motivasi dalam meneruskan hidup ini.  Sementara sahabat ACA memberi aku ilmu tentang pengurusan yang mana ilmu ini amat penting untuk aku sebagai seorang mahasiswa, hamba, dan semestinya khalifahNya menjalankan amanah dimuka bumi ini.

Bahagian 7 : Penat tapi Senang Hati !
| 00:59 | 0 kura-kura
Tarikh : 1 Februari 2016
Masa :  9.00 pagi
Tempat : Apartmen Ketermaya Iklim El-Khouroub El-Chouf, Kem Al Abrar , Istana Laut Saida,  Al-Jinan University, Souk Saida, Muassasah ACA, Aiskrim
 
Matahari mulai terbit, embun membasahi disegenap penjuru Ketermaya. Pagi itu sejuk seperti biasa dan kami sarapan dengan nasi arab yang  dua hari lepas. Kami difahamkan yang kami akan dibawa melawat dan melihat Muassasah ACA. Aku berasa sudah tidak sabar untuk melihat apa yang ada di muassasah ini. Beg kami ditinggalkan di bilik mesyuarat utama dan terus menuju ke bangunan bersebelahan dengan surau muassasah. Lif ditekan dan menuju ke aras paling bawah. Bila sudah sampai , aku agak terpegun dan takjub apabila melihat bengkel kayu dan perabot disitu seolah olah berada didalam bilik rahsia, dibawah tanah. Perabot perabot yang dihasilkan merupakan hasil buatan mereka sendiri dan akan di eksport ke negara negara lain. Bukan itu sahaja, di muassasah itu juga terdapat tempat atau kilang untuk menghasilkan baju sejuk, vest dan bermacam produk yang berasaskan fabrik daripada kapas.  Pekerja di kilang tersebut terdiri daripada lelaki dan perempuan . Kilang itu menghasilkan baju sejuk sebanyak 200 setiap satu hari. Kami meneruskan langkah dan melawat setiap sudut; disitu juga terdapat gym, snooker, dewan teater dan bermacam macam lagi. Mereka sangat pandai dalam menguruskan sumber dan asset yang ada dan mereka mampu untuk menghasilkan produk sendiri untuk kegunaan sendiri dan orang lain jua. Kaki melangkah menuju ke klinik bersebelahan dan melawat bilik ke bilik rawatan yang terdapat di klinik tersebut. Klinik itu menawarkan rawatan percuma kepada pelarian Syria ataupun rakyat Lubnan yang miskin dan potongan bayaran rawatan bagi penduduk Lubnan yang lain. Aku melihat betapa prihatinnya mereka terhadap keadaan rakyat di Negara Lubnan sehingga memberikan rawatan percuma kepada penduduk nya yang miskin dan tidak mementingkan keuntungan semata mata.  

            Selepas itu, selepas puas melawat setiap inci muassasah , kami dibawa ke tempat bersejarah di Lebanon iaitu kubu pertahanan Sidon yang terletak di Sayda Lebanon. Kota yang penuh bersejarah Sidon ini terletak berdekatan kota Beirut sejauh 43 kilometer. Kota ini ni merupakan salah satu kota ahli fonetik terkuat, yang masih kekal dalam bentuk yang asli dan sejarahnya.  Istana Laut Sidon ini mempunyai rekaannya yang tersendiri dan kalau dilihat dari segi rekaannya pasti ada sejarah yang menarik disebaliknya. Perasaan amat gembira setibanya di sana, dengan pemandangan yang berlatar belakangkan laut dan bangunan batu bata yang indah. Kak Maryam menceritakan serba sedikit sejarah yang terdapat pada Istana Laut Sidon atau Sayda ini. Pada tahun 1228 M,  Istana Laut Sidon dibina oleh Tentara Salib di atas sebuah pulau kecil yang menghubungkan sebuah tambak dengan darat. Dari menara istana itu dapat dilihat pemandangan indah di pelabuhan dan kota Sidon. Kini di Istana Laut itu masih tersisa keindahan yang menawan menerusi ornament yang terdapat dalam benteng dan sebuah tiang yang terdapat pada bangunan bangunan khas Romawi.
            Foto beramai ramai di ambil , masih belum puas rasanya disini namun kami di arah untuk bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Al – Jinan University yang terletak di Saida , tidak jauh dari situ. Di atas bas, kami menikmati gula gula kapas yang dipanggil sebagai Ghazlul Banat yang bermaksud kemanisan anak gadis, sungguh enak rasanya. Setibanya disana, kami terus dibawa ke perpustakaan di university tersebut. Bermula dengan sesi suai kenal dan diteruskan dengan perbincangan dan penjelasan mengenai akademik dan pentadbiran di universiti masing masing dan diterangkan oleh Encik Imad Seif Dine selaku pengarah Universiti Al jinan cawangan Saida dan Prof Dr Norita Md Norwawi bagi pihak Universiti Sains Islam Malaysia serta dibantu Kak Maria Kamel. Cawangan universiti Jinan  juga terdapat di Lebanon Utara iaitu di Tripoli. Universiti Al-Jinan ditubuhkan pada  14 Oktober 1988 oleh Muna Yakan iaitu isteri kepada Fathi Yakan. Universiti ini menggunakan sistem latihan praktikal setelah menamatkan pengajian di sini dan aktiviti khidmat masyarakat akan dimasukkan ke dalam gred pemarkahan. Kami difahamkan bahawa semasa lawatan kami pelajar-pelajar university itu sedang dalam fatrah peperiksaan. Jadi, kami tidak dapat untuk melawat ke setiap kelas dan dewan kuliah. Namun, Encik Imad Seif Dine membawa kami melawat ke Makmal Kesihatan Awam, Makmal Komunikasi dan Makmal Sains Kejururawatan. Didalam makmal tersebut, cik Shamms Issa menerangkan mengenai program sains kejururawatan di universiti ini. Setelah puas berjalan, sesi fotografi dan  penyampaian cenderamata kepada pihak University Aljinan diadakan. Kampus yang berlatar belakangkan pohon pohon hijau dan luasnya gelanggang futsal bagi yang gemar berfutsal pasti membuat setiap orang ingin merasai pengalaman belajar di sini.
            Waktu menghampiri zohor, bas terus bergerak untuk menuju ke Souk Sayda pusat beli belah bagi sesiapa yang datang ke Lebanon. Perjalanan ke sana memakan masa selama satu jam,  melalui keindahan kota, dan di tengah tengah perjalanan kak Maryam menunjukkan satu masjid kepada kami yang diberi nama Masjid Syiah Husainiah iaitu masjid untuk golongan syiah di sana. Aku melihat dihadapan masjid itu di kawal oleh seorang tentera. Setelah beberapa minit, bas mematikan enjinnya, dan kami turun dari bas menuju ke souk Sayda. Souk Saida ini telah wujud ratusan malahan tahun lamanya dan dipenuhi dengan lorongan yang sempit dan bangunan batu bata. Seterusnya,  sis Najwa belanja kami makan kebab falafel di salah satu kedai disini. Falafel merupakan bebola yang berasakan kacang dan sayuran dan digoreng tetapi rasanya seperti bebola daging yang sedap. Seterusnya , di sini kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Aku, prof, kak Maria, Hanim, Rawaidah,Wali,sis Najwa, doktor dan Khairi merupakan kumpulan kedua. Tujuan utama sebenarnya untuk membeli cenderahati dari Lubnan hadiah buat teman teman dan sanak saudara di Malaysia. Namun, perjalanan kami di Souk Sayda pada hari ini lebih kepada perjalanan ilmiah. Lorong lorong dilalui, kiri kanan dipenuhi para peniaga dan kanak kanak bermain riang. Kewajipan solat belum ditunaikan, mata mencari cari di manakah surau atau masjid untuk solat manakala kaki terus laju melangkah. Di suatu tempat di situ, kami terjumpa sebuah masjid yang bersejarah. Dimulai dengan solat sunat dan  terus solat zohor asar berjemaah. Masjid masjid di kota Lebanon ruangannya dikhaskan untuk para Jemaah lelaki sahaja kerana para wanita memang akan solat di rumah. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan hingga memasuki ruangan El-Omari Great Mosque. Azan berkumandangan menandakan waktu asar telah masuk. Para Jemaah muslimin menuju masuk ke masjid untuk menunaikan solat Asar. Di masjid ini sis Najwa memberitahu kepada kami bahawa masjid ini pada asalnya adalah sebuah gereja yang telah ditukarkan kepada sebuah masjid semasa penaklukan Salahuddin Al Ayyubi. Masjid ini diberi nama sempena khalifah islam yang kedua iaitu Omar ibnul Khattab. Bangunan masjid ini mempunyai seni bina yang paling cantik pada kurun ke 13. Hasil seni bina masjid yang luas dan besar ini adalah hasil gabungan tentera salib dan Mamluk. Di dalamnya pula terdapat ukiran yang cantik pada dinding dan dua mimbar menunjukkan dua mazhab.
            Waktu sudah hampir menunjukkan jam 5.00 petang , kami berjalan hingga ke sebuah kedai sabun yang terletak tidak jauh dari situ. Pelbagai jenis barangan barangan yang boleh dibuat cenderamata berasaskan sabun di sini.  Sabun yang diperbuat daripada minyak zaitun dijual di sini direka dengan pelbagai warna dan berbau sangat harum. Mata rambang tidak tahu mahu pilih yang mana. Masa sudah suntuk, tanganku mencapai 3 ketul sabun dan 3 keping magnet peti sejuk dan dibayar dengan satu keping 100 USD. Dibungkus dalam kotak yang cantik terus digapai dan menuju ke bas yang diletak dipinggiran jalan. Bas bergerak menuju pulang ke Ketermaya. Setibanya di Muassasah di Ketermaya, anak anak yatim sudah menunggu di dewan utama muassasah. Belon warna warni menghiasi, meja dipenuhi nasi beriani dan pelbagai juadah arab lagi. Kami menjamu selere sambil beramah mesra dengan sahabat ACA kami dan setelah kekenyangan kami melayan anak anak yatim di situ. Mereka ku lihat sangat gembira dan bermain dengan riang. Button badge Syria diagihkan dan dipakai pada baju setiap anak yatim di sana. Aku juga sangat gembira melihat wajah mereka yang penuh kegembiraan. Usai majlis makan malam di muassasah, masing masing menuju ke surau dengan berwudhu untuk menunaikan kewajipan kepada yang maha Esa.

            Selepas itu, kami dikhabarkan bahawa Haj Imaad akan membawa kami untuk makan aiskrim. Aku dengan penuh teruja ingin merasai bagaimana rasanya aiskrim orang arab ini. Pakcik bas sudah pulang jadi kami ke sana dengan menaiki kereta Haj Dan isteri doktor. Kami menuju ke kedai Haj Ali Abi Talib Assyahirah. Melangkah masuk ke kedai tersebut, minta sahaja perisa apa yang dikehendaki dia akan memenuhi permintaan setiap pelanggannya. Aku meminta untuk dicampurkan segala perisa, aku ambil dan makan di tempat duduk di kedai itu. Rasa aiskrim di situ sangat berbeza dengan aiskrim di Malaysia. Rasanya sedikit masam dengan tekstur aiskrim yang agak likat dan pasti menggamit setiap orang yang merasainya. Selain aiskrim, koktail dan pelbagai makanan dijual dikedai tersebut.  Setelah satu jam dikedai Haj Ali Abi Talib Assyahirah, kami pulang ke apartmen dengan menaiki van. Seperti biasa, sesampai di apartmen, kami melakukan kendiri dan untuk mengurangkan kesejukan , kami masak dan makan maggi . Untuk esoknya, kami diminta untuk berkumpul tepat jam 9.00 pagi untuk aktiviti seterusnya. 
Bahagian 6 : Empati peritnya pejuang Islam
| 00:45 | 0 kura-kura
Tarikh : 31 Januari 2016
Masa :  7.00 pagi
Tempat : Apartmen Ketermaya Iklim El-Khouroub El-Chouf, Kem Al Abrar

Waktu jam 5 pagi , kami semua bangun dan bila masuknya waktu subuh kami menunaikan solat subuh berjemaah. Selesai zikir dan al mathurat, kami sarapan dan membuat sedikit perkongsian pengalaman setelah seharian berprogram di kem pelarian Syria kelmarin. Pagi itu suasana agak kelam kabut disebabkan kami yang perempuan terkunci dari luar rumah. Mujur Hajj datang membantu. Setelah itu, kami dimaklumkan yang kami akan ke kem pelarian Syria yang bersuhu -12oC. Oleh itu, setiap dari kami memakai  hampir 3-4 helai baju untuk menghangatkan badan. Perjalanan kami pagi ini sangat panjang hingga memakan masa hampir 3 jam untuk sampai ke Biqaa’. Kelihatan pemandangan bukit bukau, gunung ganang yang dipenuhi salju sepanjang perjalanan amat memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Sebelum tiba di Kem Al-Abrar di Biqaa, bas yang kami naiki itu berhenti di sebuah tempat yang bersalji dan sangat cantik. Keterujaan menguasai diri kami kerana itu merupakan pengalaman dan saat yang pertama kami melihat salji di hadapan mata. Kami bermain ais walaupun terasa kesejukannya.
Setelah puas bermain, kami teruskan perjalanan ke destinasi utama kami ialah ke mukhayyam di Biqaa’. Turun sahaja dari bas dapat sahaja ku lihat betapa menyedihkan sekali keadaan pelarian Syria di sana. Ku lihat ada sekumpulan anak anak Syria berkumpul dan menyanyikan lagu yang bertajuk Al Mawtini yang bermaksud Tanah Airku. Sayu sekali perasaanku bila melihat mereka menyanyikan tentang lagu tanah air mereka iaitu Syria. Setelah itu, kami memberikan gula gula kepada kanak kanak disitu dan mendukung anak anak kecil yang sangat comel. Di kem Al Abrar ini terdapat seorang sheikh yang sangat disegani yang bernama Sheikh Yahyah Abrar dan beliau merupakan peneraju di mukhayyam tersebut. Kem ini memuatkan seramai 40,000 pelarian Syria dan apa yang sangat mengagumkan kami di kem ini terdapat  janakuasa yang dibina sendiri dan di setiap khemah di mukhayyam itu terdapat satu tandas . Keadaan di kem ini agak lebih baik berbanding keadaan dikem yang kami lawati pada hari semalam. Selain itu, enduduk Lubnan sendiri yang mewakafkan untuk pelarian Syria disini. Di kem ini juga kami dapat lihat keadaan seorang remaja yang kehilangan kaki sebelah kerana terkena bom di Syria. Tidak lama kemudian, lori yang membawa barangan sumbangan tiba.  Barangan sumbangan yang diberikan kepada pelarian Syria kali ini berbentuk pek makanan dan baju sejuk. Usai pemberian sumbangan sebanyak 42 keluarga di kem tersebut, kami dibawa ke kem seterusnya iaitu kem Hamed al-Louz. Kem yang kami tujui ini menempatkan keluarga pelarian Syria yang hanya tinggal di dalam rumah kabin sahaja. Setibanya di sana, mereka menyambut kehadiran kami dan kami rasa sangat  dihargai.  Di sini aku ingin menunaikan kewajipan aku sebagai hambaNya dan aku mencari cari surau untuk menunaikan solat. Kami di ajak oleh seorang kanak kanak perempuan bernama Samihah untuk solat di rumah kabinnya yang usang dan kecil itu. Pengalaman merasai berada di dalam kabin sangat berharga buat aku. Setelah itu, kami memberi gula gula kepada kanak kanak Syria di situ dan ada yang mengerumuniku untuk mendapatkan gula gula mereka.  Perasaan sangat gembira terbit di jiwa ini bila melihat wajah wajah yang dahulunya sedih dan kini menjadi riang. Apabila ditanya kepada mereka, kebanyakan suami dan bapa kepada isteri dan anak kecil ini menghidapi penyakit ataupun dipenjara di Syria.  Begitu besar dugaan dan ujian yang mereka tempuh dalam meneruskan hidup di hari hari yang mendatang.
Setelah itu, kami terus menuju ke markaz pelarian Syria di Benjenin. Tempat ini tidak seperti kem kem yang sebelumnya namun lebih kepada rumah kedai dan menempatkan sebilangan pelarian Syria disini. Tidak lama selepas itu, kami terus memberi sumbangan kepada pelarian Syria.
Pada sebelah petang, kami dibawa berjalan jalan mencuci mata melihat pemandangan bukit bukau. Penat pada hari itu telah kembali segar bila aku melihat gunung gunung yang hijau. Selain itu, dapat aku lihat disepanjang jalan ada papan tanda memorial sepertinya gambar itu seperti gambar seorang tentera. Sis Maryam menjelaskan bahawa gambar tersebut merupakan tentera yang membantu rejim dan mati dibunuh di Syria. Perjalanan memakan masa hampir satu jam hingga kami tiba di satu checkpoint.  Dari checkpoint tersebut hanya 20 km untuk ke sempadan Lubnan-Israel. Perasaan sudah terasa seperti ada yang tidak kena sedang berlaku. Aku melihat 3 orang tentera Lubnan berpakaian celoreng hijau memegang senapang dengan wajah yang bengis. Perasaan cuak dikawal dan cuba untuk berlagak seperti tiada apa yang sedang berlaku. Namun, dalam pada itu, segala barang barang yang berlogo Syria cuba untuk disorok. Semua passport kami di ambil untuk diperiksa barangkali. Semua menanti dengan penuh debaran. Satu demi satu passport diselak dan diperiksa. Haj ku perhatikan sedang berbincang dengan salah seorang tentera dari situ, tidak tahu apa yang sedang dibincangkan tetapi dalam pada itu dia memegang telefon sepertinya sedang berbual dengan seseorang. Sejam setelah ditahan, passport kami di serah dan semua menarik nafas lega. Selepas kejadian itu, kami dimaklumkan bahawa hanya orang Lubnan sahaja yang dibenarkan untuk melepasi checkpoint tersebut. Memang sudah diagak dari awal.Mujur sahaja tiada apa yang buruk berlaku kepada kami. Alhamdulillah semua mengucap lafaz syukur. Waktu sudah mulai hampir malam kami diarahkan untuk u-turn dan terus menuju pulang ke Ketermaya. Dalam perjalanan pulang, Haj Imaad membawa kami ke rumah sahabatnya. Kami menziarahi dan beramah mesra dengan keluarga orang arab di sana. Beliau sangat ramah dan menjamu kami dengan kurma basah dan kopi arab yang kami tidak pernah ketemui di Malaysia.
Hari ini penuh dengan pengalaman baru dan penuh dengan pelbagai perasaan. Ada sedih, simpati, gembira, cemas, dan takut. Begitulah rencah seorang pejuang, mereka tidak dihamparkan dengan permaidani merah tetapi liku onak duri itu menghiasi perjalanan perjuangan mereka.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? [Al ankabut : ayat 2]

Ayat 2 dari surah al ankabut jelas mengatakan tentang perjuangan. Tiadalah namanya perjuangan jika tidak diuji. Apa yang ditempuhi hari ini hanya sekelumit daripada apa yang pejuang pejuang islam rasai dalam memenangkan Islam di mata dunia. Dari apa yang berlaku adalah titik permulaan aku untuk terus berjuang dan membuat kebaikan kepada ummah tidak kisah dari apa jua sudut. 
Bahagian 5 : Misi Ummah Bermula
| 00:42 | 0 kura-kura
Tarikh : 30 Januari 2016
Masa :  7.00 pagi
Tempat : Apartmen Ketermaya Iklim El-Khouroub El-Chouf, Kem Hayah Annur, Birqayil School.

            Cuaca pagi yang sangat indah di Ketermaya. Selesai sarapan dan mendengar sedikit perkongsian dan nasihat daripada Kak Maria Kamel ,  kami menuju ke muassasah bersama bagasi berisi buku mewarna, alatulis dan snek sebagai bekalan untuk modul aktiviti pada hari ini. Aktiviti kami pada hari ini dinamakan Let’s Learn dan dijalankan bersama anak yatim yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.  Dalam menjalankan aktiviti ini, kami dibantu oleh sis Nadine seorang gadis kacukan Syria, Lubnan dan Turki. Aktiviti yang dijalankan adalah termasuk aktiviti mewarna, musical chair, dan menyanyi dan mengira dalam bahasa inggeris dan bahasa arab. Kami beramah mesra dengan kesemua anak anak yatim ini. Ada yang pemalu, ada yang ceria, dan ada yang terus mendiam tanpa kata. Walaupun kadang kadang  bahasa komunikasi menjadi kekangan buat kami tetapi kami tetap rasa gembira kerana dapat menggembirakan mereka walau hanya seketika. Kami difahamkan ada diantara mereka dua adik beradik bernama Hasan dan Usamah, mereka melihat ibu bapa mereka dibunuh dihadapan mata mereka sendiri. Betapa besarnya ujian dua anak kecil ini. Aku tahu disebalik riangnya wajah mereka, pasti ada saat mereka terkenangnya kedua ibu bapa mereka. Begitu banyak ayat al quran dan hadis yang menyebutkan tentang berbuat baik kepada anak yatim, antaranya “Dan berbuat baiklah kepada ibu bapak dan kaum kerabat serta anak-anak yatim dan orang-orang miskin.” (QS Al Baqoroh,2:83).

Jam telah menunjukkan telah masuk waktu zohor dan setelah lama beramah tamah dengan anak anak yatim di Muassasah, kami terus dibawa ke Kem Hayah Annur iaitu salah satu kem pelarian Syria yang terletak di Ketermaya. Jalan yang kami lalui dengan menaiki van penuh dengan liku, jalan yang berlubang dan tidak berturap. Setelah beberapa minit sahaja, sebelum tiba di kem tersebut, sekumpulan anak anak kecil Syria mengejar van yang kami dengan senyuman di wajah menandakan keriangan menyambut kehadiran kami para aktivis. Setelah itu, van memberhentikan enjinnya, kami turun dan memulai langkah menuju ke khemah tempat tinggal keluarga Syria dan disana juga terdapat permainan kanak kanak seperti buaian, gelongsor dan lain lain. Kelihatan begitu ramai sekali anak anak kecil sedang gembira bermain dan ada jua ibu muda dalam lingkungan 18-20 tahun sedang mendukung bayi mereka. Kami difahamkan bahawa kem tersebut menempatkan seramai 500 keluarga pelarian Syria termasuk 300 orang kanak kanak . Di kem ini hanya terdapat dapur usang dan digunakan 4 keluarga bagi setiap satu dapur. Terdapat ramai pelarian yang terkena jangkitan di kem tersebut, mungkin kerana sumber air yang tidak bergitu bersih. Di sini aku berjumpa dengan seorang kanak kanak berumur lingkungan 10 tahun, wajahnya comel, putih kemerahan dan namanya Bada’a dia menarik-narik tanganku dan menunjukkan keadaan di setiap khemah di situ. Dia juga menyanyikan lagu nasyid yang bertajuk Syria dan kelihatan matanya mulai bergelingan air mata. Dari wajahnya aku tahu apa yang sedang bermain disudut hatinya. Setelah itu, dia bercerita tentang keadaan di Syria. Sungguhpun aku tidak berapa faham apa yang dia cuba sampaikan kerana dia bercakap dalam bahasa arab, namun aku tahu bagaimana perasaannya sewaktu dia menceritakan keadaannya itu.
Setelah puas memerhati keadaan di kem itu, lori membawa barangan sumbangan berbentuk selimut tiba. Keluarga pelarian Syria berpusu pusu untuk menerima sumbangan daripada kami. Setelah selesai pemberian sumbangan 2 helai selimut untuk setiap keluarga, lori kerosin tiba dan diberikan kepada setiap keluarga untuk kegunaan sebagai pemanas badan. Selesai sudah pemberian sumbangan di Kem Hayah Annur , kami terus di bawa ke Birqayil  School. Disini kami mengisi perut dengan kebab daging dan menunaikan solat jamak takhir. Setelah itu kami dibawa untuk melihat keadaan di salah satu kelas pelajar syria.  Sekolah ini merupakan sekolah rendah dan kami difahamkan bahawa 50 peratus daripada pelajar disitu merupakan anak Syria. Sesi pembelajaran pagi di sekolah ini merupakan kelas untuk pelajar Lubnan dan pada sesi sebelah petang sehingga jam 7 malam merupakan kelas untuk pelajar Syria. Seterusnya, di dalam kelas ,  aktiviti bersama pelajar Syria di jalankan dan diketuai oleh Humaira. Kedengaran riuh dengan suara anak anak kecil ini kegembiraan. Mereka seolah olah sangat gembira menerima kehadiran kami. Ada juga yang pendiam, malu mungkin. Ada seorang kanak kanak di kelas itu juga, yang hanya membawa plastik sebagai beg untuk diisi dengan buku buku ke sekolah. Sungguh menyedihkan dan mengingatkan kami tentang erti kesyukuran. Plastik yang selalu menjadi bahan pakai buang adalah sesuatu yang sangat berharga bagi anak Syria ini. Seterusnya, sumbangan pyjama kepada pelajar Syria dan sumbangan sebanyak 2000 USD diberikan kepada perpustakaan di sekolah ini untuk kegunaan pelajar mendapatkan pendidikan pada waktu petang sehingga jam 7 malam. Setelah beberapa jam di sekolah itu, malam sudah pun tiba dan kami mengadakan satu sesi fotografi bersama pengetua sekolah tersebut. Setelah itu, kami semua menaiki van dan pulang ke apartmen kami di Ketermaya.

Matahari mulai menenggelamkan diri dan kegelapan memenuhi suasana di Ketermaya. Usai menunaikan solat isyak, aku melangkah ke ruangan di rumah lelaki di mana disini tempat kami selalu menjamu selera. Malam itu, kami didatangi Sis Najwa, Haj serta rakan-rakannya ke apartmen kami. Apa yang membuat kami teruja bila Sis Najwa menjamu kami sekali lagi dan kali ini kami dihidangkan dengan Nasi Arab , yogurt dan kek buatannya sendiri. Malam itu meriah sekali dengan dihiasi gelak tawa dari setiap tetamu yang hadir. 
Bahagian 4 : Beirut Kota Paris Orang Arab
| 00:38 | 0 kura-kura
Tarikh : 29 Januari 2016
Masa : 3.00 petang
Tempat : Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut

Bangunan bangunan yang terdiri daripada batu bata kelihatan di sudut tingkap kapal terbang menandakan kami sudah tiba di perkarangan destinasi. Jiwa penuh dengan ruh dan perasaan seorang mujahid mujahidah yang ingin berjihad di negara orang. Kami melangkah dan terus menuju ke imegresen untuk pemeriksaan. Apabila seorang demi seorang berjaya melepasi pemeriksaan tersebut, Abang Syahrir menghadapi sedikit kesulitan. Beliau tidak dapat bersama kami bagi meneruskan misi ini. Namun begitu, beliau tetap memberi semangat kepada kami untuk meneruskan misi ini walaupun tanpa beliau. Kami terus bergegas ke tempat tuntutan bagasi untuk mengambil kesemua bagasi kami dan terus ke balai ketibaan. Setibanya di balai ketibaan, kami disambut oleh 3 orang wanita arab yang sangat peramah iaitu Sis Najwa, Salwa dan Chourouk. Mereka merupakan ahli badan NGO di Lubnan yang bakal membantu kami nanti yang diberi nama Awareness & Consolation Association (ACA). Kami menaiki bas mini menuju ke Ketermaya Iklim El-Khouroub El-Chouf dan perjalanan mengambil masa hampir satu jam. Perasaan penuh keterujaan apabila kelihatan bahasa arab digunakan di setiap ceruk papan tanda yang berada di sepanjang jalan. Sehingga saat ini aku masih tidak percaya kakiku sudah berpijak di bumi Lubnan. Sebuah Negara yang bersebelahan dengan Israel pada sebelah selatan dan Syria pada sebelah utara serta Timur, seterusnya dibatasi laut Mediterranian pada sebelah barat. Dengan keluasan  wilayah sekitar 10.400 km persegi, Lubnan mempunyai empat wilayah besa iaitu Lembah Bekaa, dataran pantai, Pegunungan Lebanon, dan Pegunungan anti-Lebanon. Kota-kota besar di Lebanon, seperti Beirut, Tripoli, dan Sidon terdapat di dataran pantai walaupun wilayah tidak begitu luas. Terdapat dua agama besar di Lubnan iaitu Islam dan Kristian yang mana agama Islam mencakupi Sunni, Syiah dan Druzi.
            Seterusnya, setibanya etibanya di lorong untuk masuk ke bangunan ACA atau lebih dikenali sebagai muassasah, jalan yang sempit , berbukit dan penuh liku tetapi ditempuh juga oleh bas yang kami naiki ini dan ianya sudah menjadi kebiasaan budaya orang arab disini. Pabila sampai di muassasah, kami menuju ke bilik mesyuarat utama dan menjalankan sesi perbincangan  dua hala antara ketua ACA iaitu Sheikh Imad Saaed yang lebih dikenali sebagai Hajj, Sis Najwa dan setiap dari kami serta dibantu oleh Sis Maryam sebagai penterjemah kami.  Isi perbincangan adalah mengenai segala aktiviti yang akan kami jalankan sepanjang berada di sini. Setelah itu kami menunaikan solat di surau berhampiran muassasah dan seterusnya kami dijamu dengan roti Lebanese yang begitu besar , daging kaftah, daging lembu, kacang kuda serta buah-buahan dan sayur sayuran. Menjadi budaya disini setiap makanan yang ada di atas pinggan tidak boleh ditinggalkan walau sedikitpun. Setelah menjamu selera, kami di bawa ke apartmen yang akan kami duduki selama mana kami di sini. Kami dilayan dengan sangat baik oleh Hajj dan Sis Najwa. Segala keperluan kami disini dipenuhinya. Kesejukan udara disini sehingga mencecah bawah 10oC dan kami dibekalkan heater untuk memanaskan badan. Kesejukkannya hingga kami hanya mampu menyentuh air untuk mengambil wudhu sahaja. Ditambah lagi dengan bekalan elektrik yang sentiasa putus putus dan kadang kadang kami bergelap untuk beberapa ketika. Waktu malam disini sangat panjang yang mana bermula dari jam 5.00 petang sehingga jam 6.00 pagi keesokannya.

Bahagian 3 : Alaa biasalaa ! Kita kan Traveler
| 00:33 | 0 kura-kura
Tarikh : 29 Januari 2016
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait

            Udara sejuk mulai terasa setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait. Di sini hanyalah sebagai destinasi transit sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Beirut. Abang Syahrir memberi kami kupon makanan sarapan. Makanan sarapan termasuk roti berintikan keju , kek, jeruk buah dan kopi mengisi perut kami. Sementara yang lain ada yang mencari internet wifi untuk memberitahu kepada keluarga tentang keberadaan masing masing. Hampir dua jam menunggu untuk penerbangan ke Beirut amat mengajar erti kesabaran . Dalam menunggu, kami memerhati kerenah dan budaya orang-orang Kuwait. Seperti yang aku lihat, orang orang disini agak kelihatan sukar untuk mengukir senyuman mungkin kerana budaya mereka walaupun mereka sebenarnya baik baik sahaja. Dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” Ayat ini sangat menjelaskan hikmah Allah menjadikan manusia daripada golongan lelaki, perempuan, berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya dapat berkenalan dan beramah mesra antara satu sama lain.

            Hampir jam 11.00 pagi, setiap dari kami bersedia untuk melalui pemeriksaan keselamatan imegresen di pintu 22. Semua berjaya melepasi pemeriksaan tersebut dan tidak bagi ketua program kami Amin. Dia diuji dengan kehilangan passportnya dan ketika itu hampir beberapa minit sahaja lagi kami akan berlepas. Kelihatan titisan air mata pada beberapa ahli misi kami dan dia terus mencari passportnya. Walaupun begitu, kami perlu juga teruskan apa yang sudah kami mulakan dan semua terus menuju ke perut kapal terbang. Tetapi tidak lama kemudian, setelah diberi nasihat oleh Prof Norita, kak Maria dan Abang Syahrir, abang Syahrir memeriksa didalam poketnya, passport Amin dengan secara tiba tiba berada di dalam poket nya. Semua kelihatan gembira dan menarik nafas lega apabila ketua kami dapat pergi bersama.  Amin setelah itu masuk dan mengambil tempat duduk di dalam kapal terbang. Perjalanan kami memakan masa selama 5 jam untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut. Walaubagaimanapun, kejadian itu amat mengajar aku tentang erti perjuangan. Perjuangan itu penuh dengan mehnah, tribulasi dan jika ada di antara ahli pejuang tidak mampu meneruskan apa yang diperjuangkan, maka ahli yang lain perlu berjuang sehingga matlamat yang ingin dituju itu tercapai. Ukhuwwah itu penting tetapi dakwah dan misi Islam adalah lebih penting berbanding ukhuwwah. Kerana itulah ukhuwwah berada pada tahap yang ke sembilan didalam rukun baiah diatasi oleh kefahaman,keihlasan dan amal. 
Bahagian 2 : Lubnan Kami Datang
| 00:14 | 0 kura-kura
Tarikh : 28 Januari 2016
Masa : 10.00 malam
Tempat : Pavilion USIM

Kedengaran enjin bas menuju ke perkarangan Kompleks Sukan Tunku Najihah Pavilion USIM di tempat yang kami akan berkumpul sebelum menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2). Masing-masing membawa bagasi, kotak dan beg yang berisi keperluan dan barangan sumbangan yang akan di beri kepada pelarian Syria di Lubnan nanti. Segala bagasi dan kotak dimasukkan ke perut bas sebelum bas bergerak ke KLIA 2. Tidak lama selepas itu, setelah semuanya tiba, bas yang kami naiki menuju ke KLIA 2 dan perjalanan memakan masa selama 15 minit. Di dalam jiwaku, terbit perasaan dan harapan yang besar bahawa setiap dari kami ini membawa misi yang besar dan perlu untuk tajdid niat.
            Dalam jam 10.30 malam, kaki melangkah turun dari bas. Setiap dari kami mempercepatkan langkah mengambil troli dan membawa kesemua barangan kami ke pintu pelepasan. Sementara itu, kami menunggu Prof. Dr Norita , Abang Syahrir Azfar, Kak Maria Kamel dan Kak Fiza selaku pengiring kami dan juga beberapa ahli kami yang lain yang turut akan menyempurnakan Misi Kemanusiaan kami di Lubnan nanti. Detik demi detik berlalu dan kelihatan tiba kehadiran setiap ahli dari kami dan jua sahabat handai yang datang sebelum kami bertolak ke sana. Sesi fotografi dijalankan dan setiap dari kami memegang bendera USIM, banner, dan bendera Malaysia. Hampir jam 11.30 malam, abang Syahrir membawa kami ke kaunter check-in bagasi untuk mendaftar masuk segala bagasi dan kotak barangan sumbangan. Proses memakan masa hampir satu jam sehinggalah semua bagasi didaftar masuk ke kargo atas nama mengikut passport masing masing.

Tepat jam 12.25 pagi bertarikh 29 Januari 2016, kami mendengar sedikit perkongsian dan nasihat daripada seseorang sahabat yang berpengalaman ke kem pelarian Syria di Jordan. Perkongsian tersebut sedikit sebanyak memberi kami semangat untuk teruskan misi dan ini adalah peluang yang besar untuk kami berkhidmat dan memberi sumbangan kepada golongan yang sangat memerlukan sokongan dan motivasi untuk meneruskan kehidupan di bumi ini.

Perut mula memainkan lagu keroncong dan kami masing masing diberi masa sebelum jam 1.10 pagi  untuk mengisi perut dengan makanan. Aku terus menuju ke KFC dan mengisi perutku yang lapar. Lebih kurang jam 1.15 pagi, kami semua berkumpul di pintu pagar pelepasan bagi penerbangan antarabangsa . Setelah semuanya tiba , kami semua menuju masuk membawa passport dan beg  masing masing dan segala proses kemasukan dan pemeriksaan keselamatan imegresen dijalankan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Setelah itu, kami menuju ke platform tren dan menunggu tren untuk pergi ke gate C05. Setelah beberapa minit menunggu, tren tiba dan kami tiba di gate C05. Penerbangan kami berangka KU 416 menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait dan masa penerbangan adalah pada 0325 waktu Malaysia. Setelah itu, bila pengumuman penerbangan ke Kuwait dibuat, kami terus naik atas kapal terbang Kuwait Airways dibantu oleh kru anak kapal. Kami duduk di tempat duduk masing masing setelah beg dimasukkan ke kabin.  Penerbangan ke Kuwait memakan masa selama lebih kurang 8 jam. Satu pengalaman baru sepanjang penerbangan termasuk solat di atas kapal terbang setelah masuknya waktu subuh. Sesungguhnya, pengalaman musafir kali ini mengajar aku erti kehambaan kepadaNya dan sentiasa mengingatiNya walau dimana kita berada.
Bahagian 1 : Aku Khalifah
Tuesday, 15 March 2016 | 23:38 | 0 kura-kura
       Tahun 2014, aku pelajar tahun dua di USIM sebagai pelajar fizik gunaan. Setiap hari ke kuliah seperti biasa. Tapi tiba satu masa, bermula satu amanah yang harus dipikul pabila mendapat tugasan untuk menjalankan satu projek dibawah nama Global Islamic Student Outreach, satu program khidmat masyarakat pelajar USIM di luar negara untuk menabur bakti dan menjalinkan hubungan dua hala antara negara. Mendapat 15 orang rakan di dalam satu kumpulan untuk menjalankan misi kemanusiaan kem perlarian Syria di Lubnan dengan kerjasama Malaysia Life Line for Syria, teruja untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang misi ini.  Untuk memulakan misi ini, banyak cabaran yang dilalui, dengan kesukaran untuk membuat pendokumentasian, kekurangan idea dari setiap ahli dan ahli yang keluar masuk dan hanya berhenti sekerat jalan sahaja. Sehinggalah masuk tahun 4 dan ahli kami hanya tinggal 11 orang sahaja dan tidak termasuk 3 orang pengiring.  Alhamdulillah, Allah memilih kami untuk menjayakan misi yang besar ini.

  1.  Prof. Dr. Norita Bt Md  Norwawi                 
  2. Sharir Azfar Bin Salleh                                 
  3. Muhammad Aminuddin Bin Md Sopian        
  4.  Muhammad Waliuddin Bin Mat Yusoff       
  5.   Norhana Bt Zulkifli                                    
  6.   Raudhah Bt Mohd Salleh                         
  7.   Muhammad Firdaus Bin Alham                  
  8.  Nur Marjan Suhaimi       
  9.  Nur Aqilah Binti Sahom Humaira Bt Idris
  10. Muhammad Khairi Hamim Bin Zulkipli
  11. Humaira Bt Idris
  12. Rawaidah Nawwar Bt Raduan
  13. Tengku Hanim Syamimi Tengku Mokhtar
  14. Maria Binti Kamel
  15. Nur Fareezah Binti Bahar

Bersama sahabat ini kami berjuang untuk menjayakan misi. Sesungguhnya, perjuangan islam sememangnya akan ada cabaran dalam kalangan ahli kerana Allah akan memilih orang orang yang benar benar faham dan ikhlas untuk menyebarkan syiar Islam itu sendiri. Itulah rencah perjuangan Islam, tiadalah yang manis disepanjang perjalanan yang dilalui. Dalam surah Hajj, Ayat yang ke 11 yang berbunyi:
“Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebaikan, dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cubaan dia berbalik ke belakang. Dia rugi di dunia dan di akhirat dan itulah kerugian yang nyata”
Ayat ini sangat memberi inspirasi bagi pejuang agar tidak mudah berputus atau futur ditengah jalan dalam menjalankan amanah dan misi islam.
 Aku memegang portfolio sebagai unit multimedia dalam organisasi ini. Membuat banner dan poster untuk program itu semua kerja aku. Aku membantu semampu yang boleh dalam menjalankan amanah yang ditaklifkan kepadaku . Untuk menjayakan misi, kekangan kami adalah dana dan kewangan. Bermacam macam cara yang kami lakukan untuk memastikan kami akan dapat sampai ke Lubnan. Wang yang kami dapat daripada USIM tidak mencukupi untuk menampung kos misi kami. Bukan sahaja  program ceramah,   jualan t shirt serta button badge, malahan flashmob di Jalan TAR pernah kami lakukan untuk mencari dana bagi menampung program GISO ini. Muka dah seinci tebal dengan teriakan “Donation for Syria!” , pernah dicerca namun ku kuatkan semangat ini bagi melaksanakan kebaikan untuk ummah sekaligus saudara seislam kita di sana. Kalau di USIM, talk dan ceramah kami anjurkan dengan memanggil speaker yang hebat tentang isu Syria. Jadi, berbekalkan pengalaman yang sedikit dalam menjalankan program dan majlis aku berkongsi sebanyak agar perjalanan program berjalan lancar. Kempen 1RM4Syria juga dijalankan dengan kerjasam dengan Majlis Perwakilan Pelajar USIM, SKM dan bersama badan pelajar yang lain dalam mencari dana dan sumbangan untuk Syria. Tabung diletakkan di setiap kedai dan hotspot , ditambah dengan mencari dana di masjid dan lain lain lagi.  Selain daripada masalah kewangan, kami juga menghadapi masalah dalam mencari tarikh yang tepat untuk ke sana. Dua tiga kali tarikh terpaksa ditukar dan ditangguhkan.Pada asalnya, kami sepatutnya ke sana September 2015 dan membawa misi kemanusiaan pada hari Aidil Adha tetapi perancangan Allah itu hebat, Allah memilih untuk kami sampai ke sana pada 29 Januari 2016 sehingga 4 Februari 2016.
Kini aku pelajar tahun 4, sebelumnya sibuk dengan projek tahun akhir dan  program kini makin berkurangan. Dapatlah aku dapat menumpukan kepada kerja kerja GISO ini. Saat saat akhir untuk ke sana, begitu banyaklah perkara yang harus diselesaikan. Dengan kewangan yang belum mencukupi, cenderamata, dan bermcam macam lagi. Sehari sebelum bertolak ke sana, aku ke pejabat  Malaysia Life Line For Syria, membantu kerja kerja akhir untuk mencari dana. Di sini aku berjumpa dengan Kak Fiza, Kak Maria dan sahabat MLLFS yang lain untuk pertama kalinya. Nampak tegas dan aku takut juga pada mulanya tapi aku kawal untuk nampak lebih professional. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan dalam misi mencari dana. Dengan memakai vest dan memegang tabung tabung Syria kumpulan aku pergi ke KL Sentral untuk mencari sumbangan. Sesungguhnya, bukan senang untuk buat pekerjaan ini , hanya yang cekal dan bermuka tebal sahaja mampu melakukannya.   Dalam surah at Taubah ayat ke 41, yang berbunyi :
“Pergilah kamu beramai-ramai, samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
(Al-Taubah [9] : 41)

Hari ini sudah 28 Februari 2016. Aku masih membuat persiapan akhir ke Lubnan, mengemas barang barang dan dimasukkan kedalam bagasi , membuat solat hajat serta berdoa agar perjalanan kami ke sana berjalan dengan lancar. 

OLD / NEW

Pieces About Me

Navigation Board
profile
Stuff
buddies
story

TagBoard
Place you shoutmix/cbox code here, max width : 200px.

Credit Section
Template by : marjan
Background : mieyka
Bahagian 9 : Sayu Kota Lubnan
Wednesday, 16 March 2016 | 01:07 | 0 Kura-kura
Tarikh : 3 Februari 2016
Masa :  7.00 pagi
Tempat : Apartmen Ketermaya Iklim El-Khouroub El-Chouf, Ikhlas, Lapangan Terbang Beirut

Pagi ini sayu sesayu hatiku. Kami bakal meninggalkan Ketermaya hari ini. Selesai solat, Al-Mathurat dan sarapan,  kami mengemas bilik apartmen yang kami duduki. Setelah itu, semua bagasi dibawa keluar dan Nadine sudah berada disitu. Kami berjalan ke ACA dan naik bas untuk menuju ke Ikhlas iaitu kedai menjual manisan. Begitu banyak manisan yang dijual disana sehingga rambang mata aku dibuat. Sekotak manisan yang terisi pelbagai manisan dibeli dengan harga 10 USD. Lama juga kami di Ikhlas, masing masing ingin membeli sebagai buah tangan untuk diberi kepada rakan di Malaysia. Setelah itu, kami pulang ke Muassasah dan berjumpa dengan semua staf staf disana dan bersalam untuk kali terakhir, suasana membuatku sedikit sebak. Kemudian, kami semua ke hadapan Muassasah untuk sesi fotografi bersama sama. Hampir jam 10 pagi, kami semua naik bas dan tangan melambai kepada semua yang ada disitu.
            Tiba di lapangan terbang, kami terus meluru ke kaunter check in bagasi dan terus berjalan ke balai pelepasan.Agak lama menunggu hinggalah satu jam selepas itu, kami terus masuk ke perut kapal terbang Kuwait Airways. Perjalanan ke Malaysia memakan masa 15 jam termasuk transit di Kuwait. Tiba di Malaysia dan jarum jam menunjukkan hampir 1.30 pm. Kaki berpijak turun dari kapal terbang dengan jiwa dan nafas yang baru. Jiwa seorang khalifah Allah yang ingin menebarkan kebaikan di alam ini. Begitu juga kehidupan seorang pendakwah yang mana selain beribadah kepada Allah, pendakwah mempunyai tanggungjawab dalam menyelamatkan manusia di muka bumi Allah ini dan menjadi rahmatan lil ‘alamin. Pengalaman di Lubnan banyak mengajar aku erti kehambaan dan kasih sayang sesama saudara Islam. Kesyukuran terpancar tatkala merenung wajah wajah saudara seislam di sana. Manakan tidak, bibir yang sering merungut ini sering alpa dan terlupa bahawa terdapat insan yang lebih susah dan menghadapi keperitan jauh lebih banyak dari kita. Mereka yakin tanpa persoalan. Yakin dengan apa yang ditetapkan olehNya dan syahid di tanah air adalah sememangnya satu matlamat mereka.  Harapan aku, semoga usaha yang dilakukan ini dipandang oleh yang maha Esa.Amin.

Ya Rabbul Izzati
Keindahan embun pagi dan terbitnya mentari tiadalah dinikmati
Di fikiran mencari ceruk lorong  melindungi diri
Ibu ayah dibunuh , Bashar Al Asad menzalimi
Letupan bom, tembakan peluru menjadi santapan telinga setiap hari

Wahai anak Syria perindu Syahid
                                             Bulan bintang menghiasi malam hari         
Bertebaran ke sana sini mencari perlindungan diri
Kecantikan malam tidak bisa menghilangkan ketakutan di dalam diri
Namun, tenanglah wahai hati kerana surga menanti
Dan Allah pasti sentiasa disisi

Bahagian 8 : Aku Jatuh Cinta
| 01:06 | 0 Kura-kura
Tarikh : 2 Februari 2016
Masa :  7.00 pagi
Tempat : Apartmen Ketermaya Iklim El-Khouroub El-Chouf, Arts Science and Technology University of Lebanon, Ancienne Place Deir Al Qamar,Rumah Pelarian Syria, Beirut, Chamsine

Pagi ini seperti biasa selepas selesai solat dan al-Mathurat, kami akan sarapan. Kali ini agak berbeza pabila untuk pertama kalinya kami memasak magi pada waktu pagi untuk sarapan. Selepas sarapan semua berkumpul untuk bersiap ke AUL iaitu Arts Science and Technology University of Lebanon. Setibanya di sana, kami terus menuju ke bilik mesyuarat utama universiti tersebut. Kami dihidang dengan sedikit jamuan ringan dan agenda diteruskan dengan perbincangan dua hala mengenai university masing masing. Menurut dekan university itu, 50% daripada yuran pengajian akan ditanggung oleh pengarah university. Ini kerana university AUL merupakan university yang tidak mementingkan keuntungan namun pendidikan kepada pelajar-pelajarnya. Terdapat tiga fakulti keseluruhannya iaitu fakulti Pentadbiran Perniagaan, fakulti Sains dan Seni Halus serta fakulti Seni dan Kemanusiaan. AUL juga menerima pelajar antarabangsa dan kebanyakannya pelajar China.  Perbincangan diteruskan , majalah yang bertajuk al-I’jaz diedarkan kepada setiap dari kami beserta pamphlet AUL. Ku buka sehelai demi sehelai, setiap perkataan semuanya dalam bahasa arab. Sementara itu, aku memerhati betapa khusyuknya setiap orang mendengarkan ucapan dari seorang Sheikh , tidak dapat ku pastikan namanya. Tetapi bila pergi mendekat, percakapan beliau begitu berhikmah, setiap tutur katanya mempunyai kebaikan dan ku mulai terpegun mendengarkannya. Selesai perbincangan di bilik mesyuarat utama, kami dibawa bilik ke bilik termasuk bilik komputer, bilik kejuruteraan, bilik robotik, bilik elektronik, studio dan macam macam lagi. Masuk ke bilik robotik terlihat robot yang dicipta oleh pelajar dan akan dipertandingkan dalam VEX pertandingan robotik antarabangsa yang sering diadakan. Manakala di dalam bilik elektronik terdapat kalkulator yang dicipta sendiri dengan menggunakan papan litar dan bahan elektronik yang lain. Secara keseluruhannya, bilik bilik yang dilawati tidaklah begitu besar tetapi produk yang dihasilkan pelajar mereka begitu menakjubkan dan perlu dicontohi.  Seterusnya,  kami berjalan hingga ternampak ada satu kaunter yang bertulis ‘Cashier’ dan rupanya ia adalah kaunter bendahari university yang terletak di tingkat bawah dan terbuka bagi memudahkan urusan pelajar. Seetelah selesai penjelajahan kami di universiti itu, sesi penyampaian cenderamata bagi dua dua pihak dan sesi fotografi diadakan sebagai kenang kenangan. Manakala beg dan coklat diedarkan kepada seorang daripada kami .  Pengalaman menjelajah ke universiti di Lubnan ini banyak memberi impak dari segi pentadbiran dan akademik yang boleh dijadikan teladan bagi penstrukturan masa hadapan.
            Setelah lama berada di AUL , kami teruskan perjalanan ke kawasan perkampungan Druze dan berhenti solat di Ancienne Place Deir Al-Qamar. Dengan berwudhu , kaki melangkah ke masjid Fakhreddine iaitu masjid yang tertua  di Gunung Lubnan. Masjid yang dibina sejak tahun 1493 ini masih kekal dalam bentuk asalnya sehingga kini. Di tengah Deir Al Qamar pula dikenali sebagai Dany Chamoun Square. Tempat bersejarah itu adalah untuk memperingati Assyahid Dany Chamoun iaitu seorang ahli politik Lubnan yang terkenal dimana terdapat tugu dan plak nama yang bertatahkan nama Assyahid Dany Chamoun.  Ditengahnya pula terdapat pancut yang diberi nama Circular Drinking Mountain yang dibina pada kurun ke 19 pada zaman Moutassarifat. Setelah bergambar , kami membeli sedikit buah dan kekacang yang segar di pinggir jalan seperti kismis, aprikot, tin, walnut dan lain lain lagi. Pilih sahaja yang mana mahu akan ditimbang dan diberi harga yang berpatutan. Setelah itu, kami dibawa bersiar siar melihat gunung ganang di perkampungan druze. Dapat dilihat sepanjang jalan, istana istana lama yang terletak dipergunungan dan ada juga ternampak bekas tempat tinggal pelarian Palestin yang mungkin kini sudah bertebaran. Perjalanan ini membuka mata untuk aku lebih mempelajari lebih mendalam mengenai sejarah, bukan sahaja sejarah lain, malahan sejarah di negaraku sendiri. Bak kata pepatah “Sesiapa yang melupakan sejarah, pasti akan mengulanginya”.
            Setelah itu, kami terus menuju ke destinasi seterusnya untuk agenda yang lebih besar iaitu rumah rumah pelarian Syria yang terdapat di Ketermaya. Tempat tinggal pelarian Syria kali ini lebih berbeza berbanding mukhayyam yang kami sudah pergi pada hari sebelumnya. Mereka tinggal didalam rumah dan hidup seperti penduduk Lubnan yang lain, perlu bekerja dan membayar sewa rumah. Bila aku disana, mereka seakan gembira dan terlalu teruja untuk menunjukkan kepada kami tempat tinggal mereka. Selain itu, terdapat keluarga pelarian Syria yang tinggal di kabin kecil, kabin sederhana besar dan rumah yang masing masing perlu membayar sewa rumah sebanyak 50, 150 dan 200 USD kepada kerajaan Lubnan. Bila ditanya ada kanak kanak Syria berumur 10 tahun yang terpaksa bekerja menjual sayur untuk menanggung keluarga. Kaki berjalan menuju ke sebuah rumah yang beratapkan jalanraya, seolah olah kami masuk ke dalam rumah bawah tanah. Perasaan sebak mulai menguasai pabila melihat keadaan keluarga ini. Keluarga Syria yang terpaksa tinggal di rumah ini untuk meneruskan hidup dan menjual gula gula kapas untuk menyara hidup. Bagi meringankan sedikit beban keluarga ini, Prof membeli semua gula gula kapas yang dihasilkannya. Lelaki Syria ini juga turut menunjukkan kepada kami cara bagaimana menghasilkan gula gula kapas menggunakan mesin yang telah dikhaskan.
            Lori sumbangan sudah tiba dan kini tiba masanya untuk penyampaian sumbangan pek makanan kepada setiap keluarga Syria di sini. Mereka tersenyum ria. Seterusnya, kami menuju ke rumah pelarian Syria yang lain dan tidak jauh dari situ. Anak patung beruang diberi kepada anak anak Syria dan klip rambut dikepala anak perempuan mereka. Anak anak Syria berlari lari keriangan melihat kehadiran kami. Pelarian Syria yang tinggal di sini juga perlu membayar sewa sebanyak 200USD dan bila dilihat keadaan rumah mereka itu tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan harga sewa rumah tersebut.   Selepas itu, aku dukung salah seorang anak Syria, menuju ke tepi jalan dimana keberadaan lori kami bersama pek makanan sumbangan. Setibanya disitu, dia berlari terus memeluk bapanya. Aku tersenyum melihat gelagatnya. Seterusnya seperti biasa, pek makanan sumbangan diberi dan disampaikan oleh setiap dari kami dengan harapan sumbangan yang sekecil ini dapat meringankan sedikit beban mereka.
Usai penyampaian sumbangan,  kami terus dibawa pulang ke muassasah ACA.Solat ditunaikan dan ada sedikit penyampaian cenderamata daripada USIM kepada ACA dan sebaliknya. Aku mendapat goodies beg yang berisi  dua helai selendang dan  baju sejuk. Di muasssah, aku tidak lepaskan peluang untuk membeli sedikit produk yang dihasilkan seperti kain telekung, dulang yang bercorak dan kotak perhiasan yang bertulis Lebanon. Semuanya pada harga 10 USD setiap satu.
            Seterusnya, disebabkan esokya adalah hari keberangkatan kami pulang  ke Malaysia, kami meminta untuk dibawa ke Beirut, syurga bagi orang arab dek keindahannya. Perjalanan lebih kurang 1 jam ke sana dan setibanya di Beirut,  pakcik memeberhentikan bas dipinggir jalan berhadapan masjid Mohammad Al-Amin. Berpegangan tangan dan melintas jalan, kami terus meluru ke masjid tersebut dan mengambil gambar di luar masjid. Setelah itu, kami teruskan perjalanan dikota Beirut ini, kelihatan lampu neon di setiap bangunan yang megah berdiri, pusat beli belah yang penuh dengan barang berjenama D & C, Gucci dan bermacam lagi. Di tepian jalan kelihatan tentera Lubnan sedang mengawal keselamatan kota Beirut, ada yang senyum dan ada yang pelik melihat kami di tengah tengah kota metropolitan ini. Kaki sudah lenguh berjalan , mata tertancap kepada photopoint besar yang bertulis I love Beirut . Kaki yang lenguh tadi dilupakan dan aku terus berlari ke photopoint tersebut. Gelagat kami masa itu seperti rusa masuk kampong. Gambar demi gambar diambil untuk dijadikan kenangan semasa berada di Malaysia nanti. Kemudian, kami menuju ke suatu tempat yang dikenali sebagai symbol Beirut iaitu Raouche atau Pigeon Rock yang terletak tidak jauh dari situ. Kelihatan batu besar yang seakan ais di dalam filem Titanic itu tertonjol di atas air. Bagi yang datang melancong ke Lubnan janganlah lepaskan peluang untuk berkunjung ke kota ‘Paris of The Middle East’ ini . Seterusnya, kelihatan dua orang lelaki yang sering melihat kami dan pabila dihampiri mereka mengatakan bahawa mereka daripada Syria. Kami ingin bertanya lebih kepada mereka tetapi diarah oleh Sis Najwa untuk segera naik bas dan pulang ke Ketermaya.
            Dalam perjalanan pulang, kami singgah di suatu kedai besar Chamsine , ala ala kedai manisan tetapi dipanggil huluwiyat oleh orang arab. Malam itu, sis Najwa ingin belanja kami. Selepas memilih aiskrim vanilla disalut biskut, aku terus berjalan melihat suasana di dalam kedai tersebut ditambah dengan suara riuh rakan rakan yang lain sedang memilih kek untuk dibeli. Aku berjalan ke bas dan menunggu rakan lain siap membeli manisan yang digemari dan setelah itu kami terus pulang ke Ketermaya. Malam ini merupakan malam terakhir aku di Lubnan khususnya Ketermaya. Mungkin aku akan merindui Lubnan , sahabat ACA dan anak anak Syria.  Pelarian Syria banyak memberi aku inspirasi dan motivasi dalam meneruskan hidup ini.  Sementara sahabat ACA memberi aku ilmu tentang pengurusan yang mana ilmu ini amat penting untuk aku sebagai seorang mahasiswa, hamba, dan semestinya khalifahNya menjalankan amanah dimuka bumi ini.

Bahagian 7 : Penat tapi Senang Hati !
| 00:59 | 0 Kura-kura
Tarikh : 1 Februari 2016
Masa :  9.00 pagi
Tempat : Apartmen Ketermaya Iklim El-Khouroub El-Chouf, Kem Al Abrar , Istana Laut Saida,  Al-Jinan University, Souk Saida, Muassasah ACA, Aiskrim
 
Matahari mulai terbit, embun membasahi disegenap penjuru Ketermaya. Pagi itu sejuk seperti biasa dan kami sarapan dengan nasi arab yang  dua hari lepas. Kami difahamkan yang kami akan dibawa melawat dan melihat Muassasah ACA. Aku berasa sudah tidak sabar untuk melihat apa yang ada di muassasah ini. Beg kami ditinggalkan di bilik mesyuarat utama dan terus menuju ke bangunan bersebelahan dengan surau muassasah. Lif ditekan dan menuju ke aras paling bawah. Bila sudah sampai , aku agak terpegun dan takjub apabila melihat bengkel kayu dan perabot disitu seolah olah berada didalam bilik rahsia, dibawah tanah. Perabot perabot yang dihasilkan merupakan hasil buatan mereka sendiri dan akan di eksport ke negara negara lain. Bukan itu sahaja, di muassasah itu juga terdapat tempat atau kilang untuk menghasilkan baju sejuk, vest dan bermacam produk yang berasaskan fabrik daripada kapas.  Pekerja di kilang tersebut terdiri daripada lelaki dan perempuan . Kilang itu menghasilkan baju sejuk sebanyak 200 setiap satu hari. Kami meneruskan langkah dan melawat setiap sudut; disitu juga terdapat gym, snooker, dewan teater dan bermacam macam lagi. Mereka sangat pandai dalam menguruskan sumber dan asset yang ada dan mereka mampu untuk menghasilkan produk sendiri untuk kegunaan sendiri dan orang lain jua. Kaki melangkah menuju ke klinik bersebelahan dan melawat bilik ke bilik rawatan yang terdapat di klinik tersebut. Klinik itu menawarkan rawatan percuma kepada pelarian Syria ataupun rakyat Lubnan yang miskin dan potongan bayaran rawatan bagi penduduk Lubnan yang lain. Aku melihat betapa prihatinnya mereka terhadap keadaan rakyat di Negara Lubnan sehingga memberikan rawatan percuma kepada penduduk nya yang miskin dan tidak mementingkan keuntungan semata mata.  

            Selepas itu, selepas puas melawat setiap inci muassasah , kami dibawa ke tempat bersejarah di Lebanon iaitu kubu pertahanan Sidon yang terletak di Sayda Lebanon. Kota yang penuh bersejarah Sidon ini terletak berdekatan kota Beirut sejauh 43 kilometer. Kota ini ni merupakan salah satu kota ahli fonetik terkuat, yang masih kekal dalam bentuk yang asli dan sejarahnya.  Istana Laut Sidon ini mempunyai rekaannya yang tersendiri dan kalau dilihat dari segi rekaannya pasti ada sejarah yang menarik disebaliknya. Perasaan amat gembira setibanya di sana, dengan pemandangan yang berlatar belakangkan laut dan bangunan batu bata yang indah. Kak Maryam menceritakan serba sedikit sejarah yang terdapat pada Istana Laut Sidon atau Sayda ini. Pada tahun 1228 M,  Istana Laut Sidon dibina oleh Tentara Salib di atas sebuah pulau kecil yang menghubungkan sebuah tambak dengan darat. Dari menara istana itu dapat dilihat pemandangan indah di pelabuhan dan kota Sidon. Kini di Istana Laut itu masih tersisa keindahan yang menawan menerusi ornament yang terdapat dalam benteng dan sebuah tiang yang terdapat pada bangunan bangunan khas Romawi.
            Foto beramai ramai di ambil , masih belum puas rasanya disini namun kami di arah untuk bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Al – Jinan University yang terletak di Saida , tidak jauh dari situ. Di atas bas, kami menikmati gula gula kapas yang dipanggil sebagai Ghazlul Banat yang bermaksud kemanisan anak gadis, sungguh enak rasanya. Setibanya disana, kami terus dibawa ke perpustakaan di university tersebut. Bermula dengan sesi suai kenal dan diteruskan dengan perbincangan dan penjelasan mengenai akademik dan pentadbiran di universiti masing masing dan diterangkan oleh Encik Imad Seif Dine selaku pengarah Universiti Al jinan cawangan Saida dan Prof Dr Norita Md Norwawi bagi pihak Universiti Sains Islam Malaysia serta dibantu Kak Maria Kamel. Cawangan universiti Jinan  juga terdapat di Lebanon Utara iaitu di Tripoli. Universiti Al-Jinan ditubuhkan pada  14 Oktober 1988 oleh Muna Yakan iaitu isteri kepada Fathi Yakan. Universiti ini menggunakan sistem latihan praktikal setelah menamatkan pengajian di sini dan aktiviti khidmat masyarakat akan dimasukkan ke dalam gred pemarkahan. Kami difahamkan bahawa semasa lawatan kami pelajar-pelajar university itu sedang dalam fatrah peperiksaan. Jadi, kami tidak dapat untuk melawat ke setiap kelas dan dewan kuliah. Namun, Encik Imad Seif Dine membawa kami melawat ke Makmal Kesihatan Awam, Makmal Komunikasi dan Makmal Sains Kejururawatan. Didalam makmal tersebut, cik Shamms Issa menerangkan mengenai program sains kejururawatan di universiti ini. Setelah puas berjalan, sesi fotografi dan  penyampaian cenderamata kepada pihak University Aljinan diadakan. Kampus yang berlatar belakangkan pohon pohon hijau dan luasnya gelanggang futsal bagi yang gemar berfutsal pasti membuat setiap orang ingin merasai pengalaman belajar di sini.
            Waktu menghampiri zohor, bas terus bergerak untuk menuju ke Souk Sayda pusat beli belah bagi sesiapa yang datang ke Lebanon. Perjalanan ke sana memakan masa selama satu jam,  melalui keindahan kota, dan di tengah tengah perjalanan kak Maryam menunjukkan satu masjid kepada kami yang diberi nama Masjid Syiah Husainiah iaitu masjid untuk golongan syiah di sana. Aku melihat dihadapan masjid itu di kawal oleh seorang tentera. Setelah beberapa minit, bas mematikan enjinnya, dan kami turun dari bas menuju ke souk Sayda. Souk Saida ini telah wujud ratusan malahan tahun lamanya dan dipenuhi dengan lorongan yang sempit dan bangunan batu bata. Seterusnya,  sis Najwa belanja kami makan kebab falafel di salah satu kedai disini. Falafel merupakan bebola yang berasakan kacang dan sayuran dan digoreng tetapi rasanya seperti bebola daging yang sedap. Seterusnya , di sini kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Aku, prof, kak Maria, Hanim, Rawaidah,Wali,sis Najwa, doktor dan Khairi merupakan kumpulan kedua. Tujuan utama sebenarnya untuk membeli cenderahati dari Lubnan hadiah buat teman teman dan sanak saudara di Malaysia. Namun, perjalanan kami di Souk Sayda pada hari ini lebih kepada perjalanan ilmiah. Lorong lorong dilalui, kiri kanan dipenuhi para peniaga dan kanak kanak bermain riang. Kewajipan solat belum ditunaikan, mata mencari cari di manakah surau atau masjid untuk solat manakala kaki terus laju melangkah. Di suatu tempat di situ, kami terjumpa sebuah masjid yang bersejarah. Dimulai dengan solat sunat dan  terus solat zohor asar berjemaah. Masjid masjid di kota Lebanon ruangannya dikhaskan untuk para Jemaah lelaki sahaja kerana para wanita memang akan solat di rumah. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan hingga memasuki ruangan El-Omari Great Mosque. Azan berkumandangan menandakan waktu asar telah masuk. Para Jemaah muslimin menuju masuk ke masjid untuk menunaikan solat Asar. Di masjid ini sis Najwa memberitahu kepada kami bahawa masjid ini pada asalnya adalah sebuah gereja yang telah ditukarkan kepada sebuah masjid semasa penaklukan Salahuddin Al Ayyubi. Masjid ini diberi nama sempena khalifah islam yang kedua iaitu Omar ibnul Khattab. Bangunan masjid ini mempunyai seni bina yang paling cantik pada kurun ke 13. Hasil seni bina masjid yang luas dan besar ini adalah hasil gabungan tentera salib dan Mamluk. Di dalamnya pula terdapat ukiran yang cantik pada dinding dan dua mimbar menunjukkan dua mazhab.
            Waktu sudah hampir menunjukkan jam 5.00 petang , kami berjalan hingga ke sebuah kedai sabun yang terletak tidak jauh dari situ. Pelbagai jenis barangan barangan yang boleh dibuat cenderamata berasaskan sabun di sini.  Sabun yang diperbuat daripada minyak zaitun dijual di sini direka dengan pelbagai warna dan berbau sangat harum. Mata rambang tidak tahu mahu pilih yang mana. Masa sudah suntuk, tanganku mencapai 3 ketul sabun dan 3 keping magnet peti sejuk dan dibayar dengan satu keping 100 USD. Dibungkus dalam kotak yang cantik terus digapai dan menuju ke bas yang diletak dipinggiran jalan. Bas bergerak menuju pulang ke Ketermaya. Setibanya di Muassasah di Ketermaya, anak anak yatim sudah menunggu di dewan utama muassasah. Belon warna warni menghiasi, meja dipenuhi nasi beriani dan pelbagai juadah arab lagi. Kami menjamu selere sambil beramah mesra dengan sahabat ACA kami dan setelah kekenyangan kami melayan anak anak yatim di situ. Mereka ku lihat sangat gembira dan bermain dengan riang. Button badge Syria diagihkan dan dipakai pada baju setiap anak yatim di sana. Aku juga sangat gembira melihat wajah mereka yang penuh kegembiraan. Usai majlis makan malam di muassasah, masing masing menuju ke surau dengan berwudhu untuk menunaikan kewajipan kepada yang maha Esa.

            Selepas itu, kami dikhabarkan bahawa Haj Imaad akan membawa kami untuk makan aiskrim. Aku dengan penuh teruja ingin merasai bagaimana rasanya aiskrim orang arab ini. Pakcik bas sudah pulang jadi kami ke sana dengan menaiki kereta Haj Dan isteri doktor. Kami menuju ke kedai Haj Ali Abi Talib Assyahirah. Melangkah masuk ke kedai tersebut, minta sahaja perisa apa yang dikehendaki dia akan memenuhi permintaan setiap pelanggannya. Aku meminta untuk dicampurkan segala perisa, aku ambil dan makan di tempat duduk di kedai itu. Rasa aiskrim di situ sangat berbeza dengan aiskrim di Malaysia. Rasanya sedikit masam dengan tekstur aiskrim yang agak likat dan pasti menggamit setiap orang yang merasainya. Selain aiskrim, koktail dan pelbagai makanan dijual dikedai tersebut.  Setelah satu jam dikedai Haj Ali Abi Talib Assyahirah, kami pulang ke apartmen dengan menaiki van. Seperti biasa, sesampai di apartmen, kami melakukan kendiri dan untuk mengurangkan kesejukan , kami masak dan makan maggi . Untuk esoknya, kami diminta untuk berkumpul tepat jam 9.00 pagi untuk aktiviti seterusnya. 
Bahagian 6 : Empati peritnya pejuang Islam
| 00:45 | 0 Kura-kura
Tarikh : 31 Januari 2016
Masa :  7.00 pagi
Tempat : Apartmen Ketermaya Iklim El-Khouroub El-Chouf, Kem Al Abrar

Waktu jam 5 pagi , kami semua bangun dan bila masuknya waktu subuh kami menunaikan solat subuh berjemaah. Selesai zikir dan al mathurat, kami sarapan dan membuat sedikit perkongsian pengalaman setelah seharian berprogram di kem pelarian Syria kelmarin. Pagi itu suasana agak kelam kabut disebabkan kami yang perempuan terkunci dari luar rumah. Mujur Hajj datang membantu. Setelah itu, kami dimaklumkan yang kami akan ke kem pelarian Syria yang bersuhu -12oC. Oleh itu, setiap dari kami memakai  hampir 3-4 helai baju untuk menghangatkan badan. Perjalanan kami pagi ini sangat panjang hingga memakan masa hampir 3 jam untuk sampai ke Biqaa’. Kelihatan pemandangan bukit bukau, gunung ganang yang dipenuhi salju sepanjang perjalanan amat memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Sebelum tiba di Kem Al-Abrar di Biqaa, bas yang kami naiki itu berhenti di sebuah tempat yang bersalji dan sangat cantik. Keterujaan menguasai diri kami kerana itu merupakan pengalaman dan saat yang pertama kami melihat salji di hadapan mata. Kami bermain ais walaupun terasa kesejukannya.
Setelah puas bermain, kami teruskan perjalanan ke destinasi utama kami ialah ke mukhayyam di Biqaa’. Turun sahaja dari bas dapat sahaja ku lihat betapa menyedihkan sekali keadaan pelarian Syria di sana. Ku lihat ada sekumpulan anak anak Syria berkumpul dan menyanyikan lagu yang bertajuk Al Mawtini yang bermaksud Tanah Airku. Sayu sekali perasaanku bila melihat mereka menyanyikan tentang lagu tanah air mereka iaitu Syria. Setelah itu, kami memberikan gula gula kepada kanak kanak disitu dan mendukung anak anak kecil yang sangat comel. Di kem Al Abrar ini terdapat seorang sheikh yang sangat disegani yang bernama Sheikh Yahyah Abrar dan beliau merupakan peneraju di mukhayyam tersebut. Kem ini memuatkan seramai 40,000 pelarian Syria dan apa yang sangat mengagumkan kami di kem ini terdapat  janakuasa yang dibina sendiri dan di setiap khemah di mukhayyam itu terdapat satu tandas . Keadaan di kem ini agak lebih baik berbanding keadaan dikem yang kami lawati pada hari semalam. Selain itu, enduduk Lubnan sendiri yang mewakafkan untuk pelarian Syria disini. Di kem ini juga kami dapat lihat keadaan seorang remaja yang kehilangan kaki sebelah kerana terkena bom di Syria. Tidak lama kemudian, lori yang membawa barangan sumbangan tiba.  Barangan sumbangan yang diberikan kepada pelarian Syria kali ini berbentuk pek makanan dan baju sejuk. Usai pemberian sumbangan sebanyak 42 keluarga di kem tersebut, kami dibawa ke kem seterusnya iaitu kem Hamed al-Louz. Kem yang kami tujui ini menempatkan keluarga pelarian Syria yang hanya tinggal di dalam rumah kabin sahaja. Setibanya di sana, mereka menyambut kehadiran kami dan kami rasa sangat  dihargai.  Di sini aku ingin menunaikan kewajipan aku sebagai hambaNya dan aku mencari cari surau untuk menunaikan solat. Kami di ajak oleh seorang kanak kanak perempuan bernama Samihah untuk solat di rumah kabinnya yang usang dan kecil itu. Pengalaman merasai berada di dalam kabin sangat berharga buat aku. Setelah itu, kami memberi gula gula kepada kanak kanak Syria di situ dan ada yang mengerumuniku untuk mendapatkan gula gula mereka.  Perasaan sangat gembira terbit di jiwa ini bila melihat wajah wajah yang dahulunya sedih dan kini menjadi riang. Apabila ditanya kepada mereka, kebanyakan suami dan bapa kepada isteri dan anak kecil ini menghidapi penyakit ataupun dipenjara di Syria.  Begitu besar dugaan dan ujian yang mereka tempuh dalam meneruskan hidup di hari hari yang mendatang.
Setelah itu, kami terus menuju ke markaz pelarian Syria di Benjenin. Tempat ini tidak seperti kem kem yang sebelumnya namun lebih kepada rumah kedai dan menempatkan sebilangan pelarian Syria disini. Tidak lama selepas itu, kami terus memberi sumbangan kepada pelarian Syria.
Pada sebelah petang, kami dibawa berjalan jalan mencuci mata melihat pemandangan bukit bukau. Penat pada hari itu telah kembali segar bila aku melihat gunung gunung yang hijau. Selain itu, dapat aku lihat disepanjang jalan ada papan tanda memorial sepertinya gambar itu seperti gambar seorang tentera. Sis Maryam menjelaskan bahawa gambar tersebut merupakan tentera yang membantu rejim dan mati dibunuh di Syria. Perjalanan memakan masa hampir satu jam hingga kami tiba di satu checkpoint.  Dari checkpoint tersebut hanya 20 km untuk ke sempadan Lubnan-Israel. Perasaan sudah terasa seperti ada yang tidak kena sedang berlaku. Aku melihat 3 orang tentera Lubnan berpakaian celoreng hijau memegang senapang dengan wajah yang bengis. Perasaan cuak dikawal dan cuba untuk berlagak seperti tiada apa yang sedang berlaku. Namun, dalam pada itu, segala barang barang yang berlogo Syria cuba untuk disorok. Semua passport kami di ambil untuk diperiksa barangkali. Semua menanti dengan penuh debaran. Satu demi satu passport diselak dan diperiksa. Haj ku perhatikan sedang berbincang dengan salah seorang tentera dari situ, tidak tahu apa yang sedang dibincangkan tetapi dalam pada itu dia memegang telefon sepertinya sedang berbual dengan seseorang. Sejam setelah ditahan, passport kami di serah dan semua menarik nafas lega. Selepas kejadian itu, kami dimaklumkan bahawa hanya orang Lubnan sahaja yang dibenarkan untuk melepasi checkpoint tersebut. Memang sudah diagak dari awal.Mujur sahaja tiada apa yang buruk berlaku kepada kami. Alhamdulillah semua mengucap lafaz syukur. Waktu sudah mulai hampir malam kami diarahkan untuk u-turn dan terus menuju pulang ke Ketermaya. Dalam perjalanan pulang, Haj Imaad membawa kami ke rumah sahabatnya. Kami menziarahi dan beramah mesra dengan keluarga orang arab di sana. Beliau sangat ramah dan menjamu kami dengan kurma basah dan kopi arab yang kami tidak pernah ketemui di Malaysia.
Hari ini penuh dengan pengalaman baru dan penuh dengan pelbagai perasaan. Ada sedih, simpati, gembira, cemas, dan takut. Begitulah rencah seorang pejuang, mereka tidak dihamparkan dengan permaidani merah tetapi liku onak duri itu menghiasi perjalanan perjuangan mereka.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? [Al ankabut : ayat 2]

Ayat 2 dari surah al ankabut jelas mengatakan tentang perjuangan. Tiadalah namanya perjuangan jika tidak diuji. Apa yang ditempuhi hari ini hanya sekelumit daripada apa yang pejuang pejuang islam rasai dalam memenangkan Islam di mata dunia. Dari apa yang berlaku adalah titik permulaan aku untuk terus berjuang dan membuat kebaikan kepada ummah tidak kisah dari apa jua sudut. 
Bahagian 5 : Misi Ummah Bermula
| 00:42 | 0 Kura-kura
Tarikh : 30 Januari 2016
Masa :  7.00 pagi
Tempat : Apartmen Ketermaya Iklim El-Khouroub El-Chouf, Kem Hayah Annur, Birqayil School.

            Cuaca pagi yang sangat indah di Ketermaya. Selesai sarapan dan mendengar sedikit perkongsian dan nasihat daripada Kak Maria Kamel ,  kami menuju ke muassasah bersama bagasi berisi buku mewarna, alatulis dan snek sebagai bekalan untuk modul aktiviti pada hari ini. Aktiviti kami pada hari ini dinamakan Let’s Learn dan dijalankan bersama anak yatim yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.  Dalam menjalankan aktiviti ini, kami dibantu oleh sis Nadine seorang gadis kacukan Syria, Lubnan dan Turki. Aktiviti yang dijalankan adalah termasuk aktiviti mewarna, musical chair, dan menyanyi dan mengira dalam bahasa inggeris dan bahasa arab. Kami beramah mesra dengan kesemua anak anak yatim ini. Ada yang pemalu, ada yang ceria, dan ada yang terus mendiam tanpa kata. Walaupun kadang kadang  bahasa komunikasi menjadi kekangan buat kami tetapi kami tetap rasa gembira kerana dapat menggembirakan mereka walau hanya seketika. Kami difahamkan ada diantara mereka dua adik beradik bernama Hasan dan Usamah, mereka melihat ibu bapa mereka dibunuh dihadapan mata mereka sendiri. Betapa besarnya ujian dua anak kecil ini. Aku tahu disebalik riangnya wajah mereka, pasti ada saat mereka terkenangnya kedua ibu bapa mereka. Begitu banyak ayat al quran dan hadis yang menyebutkan tentang berbuat baik kepada anak yatim, antaranya “Dan berbuat baiklah kepada ibu bapak dan kaum kerabat serta anak-anak yatim dan orang-orang miskin.” (QS Al Baqoroh,2:83).

Jam telah menunjukkan telah masuk waktu zohor dan setelah lama beramah tamah dengan anak anak yatim di Muassasah, kami terus dibawa ke Kem Hayah Annur iaitu salah satu kem pelarian Syria yang terletak di Ketermaya. Jalan yang kami lalui dengan menaiki van penuh dengan liku, jalan yang berlubang dan tidak berturap. Setelah beberapa minit sahaja, sebelum tiba di kem tersebut, sekumpulan anak anak kecil Syria mengejar van yang kami dengan senyuman di wajah menandakan keriangan menyambut kehadiran kami para aktivis. Setelah itu, van memberhentikan enjinnya, kami turun dan memulai langkah menuju ke khemah tempat tinggal keluarga Syria dan disana juga terdapat permainan kanak kanak seperti buaian, gelongsor dan lain lain. Kelihatan begitu ramai sekali anak anak kecil sedang gembira bermain dan ada jua ibu muda dalam lingkungan 18-20 tahun sedang mendukung bayi mereka. Kami difahamkan bahawa kem tersebut menempatkan seramai 500 keluarga pelarian Syria termasuk 300 orang kanak kanak . Di kem ini hanya terdapat dapur usang dan digunakan 4 keluarga bagi setiap satu dapur. Terdapat ramai pelarian yang terkena jangkitan di kem tersebut, mungkin kerana sumber air yang tidak bergitu bersih. Di sini aku berjumpa dengan seorang kanak kanak berumur lingkungan 10 tahun, wajahnya comel, putih kemerahan dan namanya Bada’a dia menarik-narik tanganku dan menunjukkan keadaan di setiap khemah di situ. Dia juga menyanyikan lagu nasyid yang bertajuk Syria dan kelihatan matanya mulai bergelingan air mata. Dari wajahnya aku tahu apa yang sedang bermain disudut hatinya. Setelah itu, dia bercerita tentang keadaan di Syria. Sungguhpun aku tidak berapa faham apa yang dia cuba sampaikan kerana dia bercakap dalam bahasa arab, namun aku tahu bagaimana perasaannya sewaktu dia menceritakan keadaannya itu.
Setelah puas memerhati keadaan di kem itu, lori membawa barangan sumbangan berbentuk selimut tiba. Keluarga pelarian Syria berpusu pusu untuk menerima sumbangan daripada kami. Setelah selesai pemberian sumbangan 2 helai selimut untuk setiap keluarga, lori kerosin tiba dan diberikan kepada setiap keluarga untuk kegunaan sebagai pemanas badan. Selesai sudah pemberian sumbangan di Kem Hayah Annur , kami terus di bawa ke Birqayil  School. Disini kami mengisi perut dengan kebab daging dan menunaikan solat jamak takhir. Setelah itu kami dibawa untuk melihat keadaan di salah satu kelas pelajar syria.  Sekolah ini merupakan sekolah rendah dan kami difahamkan bahawa 50 peratus daripada pelajar disitu merupakan anak Syria. Sesi pembelajaran pagi di sekolah ini merupakan kelas untuk pelajar Lubnan dan pada sesi sebelah petang sehingga jam 7 malam merupakan kelas untuk pelajar Syria. Seterusnya, di dalam kelas ,  aktiviti bersama pelajar Syria di jalankan dan diketuai oleh Humaira. Kedengaran riuh dengan suara anak anak kecil ini kegembiraan. Mereka seolah olah sangat gembira menerima kehadiran kami. Ada juga yang pendiam, malu mungkin. Ada seorang kanak kanak di kelas itu juga, yang hanya membawa plastik sebagai beg untuk diisi dengan buku buku ke sekolah. Sungguh menyedihkan dan mengingatkan kami tentang erti kesyukuran. Plastik yang selalu menjadi bahan pakai buang adalah sesuatu yang sangat berharga bagi anak Syria ini. Seterusnya, sumbangan pyjama kepada pelajar Syria dan sumbangan sebanyak 2000 USD diberikan kepada perpustakaan di sekolah ini untuk kegunaan pelajar mendapatkan pendidikan pada waktu petang sehingga jam 7 malam. Setelah beberapa jam di sekolah itu, malam sudah pun tiba dan kami mengadakan satu sesi fotografi bersama pengetua sekolah tersebut. Setelah itu, kami semua menaiki van dan pulang ke apartmen kami di Ketermaya.

Matahari mulai menenggelamkan diri dan kegelapan memenuhi suasana di Ketermaya. Usai menunaikan solat isyak, aku melangkah ke ruangan di rumah lelaki di mana disini tempat kami selalu menjamu selera. Malam itu, kami didatangi Sis Najwa, Haj serta rakan-rakannya ke apartmen kami. Apa yang membuat kami teruja bila Sis Najwa menjamu kami sekali lagi dan kali ini kami dihidangkan dengan Nasi Arab , yogurt dan kek buatannya sendiri. Malam itu meriah sekali dengan dihiasi gelak tawa dari setiap tetamu yang hadir. 
Bahagian 4 : Beirut Kota Paris Orang Arab
| 00:38 | 0 Kura-kura
Tarikh : 29 Januari 2016
Masa : 3.00 petang
Tempat : Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut

Bangunan bangunan yang terdiri daripada batu bata kelihatan di sudut tingkap kapal terbang menandakan kami sudah tiba di perkarangan destinasi. Jiwa penuh dengan ruh dan perasaan seorang mujahid mujahidah yang ingin berjihad di negara orang. Kami melangkah dan terus menuju ke imegresen untuk pemeriksaan. Apabila seorang demi seorang berjaya melepasi pemeriksaan tersebut, Abang Syahrir menghadapi sedikit kesulitan. Beliau tidak dapat bersama kami bagi meneruskan misi ini. Namun begitu, beliau tetap memberi semangat kepada kami untuk meneruskan misi ini walaupun tanpa beliau. Kami terus bergegas ke tempat tuntutan bagasi untuk mengambil kesemua bagasi kami dan terus ke balai ketibaan. Setibanya di balai ketibaan, kami disambut oleh 3 orang wanita arab yang sangat peramah iaitu Sis Najwa, Salwa dan Chourouk. Mereka merupakan ahli badan NGO di Lubnan yang bakal membantu kami nanti yang diberi nama Awareness & Consolation Association (ACA). Kami menaiki bas mini menuju ke Ketermaya Iklim El-Khouroub El-Chouf dan perjalanan mengambil masa hampir satu jam. Perasaan penuh keterujaan apabila kelihatan bahasa arab digunakan di setiap ceruk papan tanda yang berada di sepanjang jalan. Sehingga saat ini aku masih tidak percaya kakiku sudah berpijak di bumi Lubnan. Sebuah Negara yang bersebelahan dengan Israel pada sebelah selatan dan Syria pada sebelah utara serta Timur, seterusnya dibatasi laut Mediterranian pada sebelah barat. Dengan keluasan  wilayah sekitar 10.400 km persegi, Lubnan mempunyai empat wilayah besa iaitu Lembah Bekaa, dataran pantai, Pegunungan Lebanon, dan Pegunungan anti-Lebanon. Kota-kota besar di Lebanon, seperti Beirut, Tripoli, dan Sidon terdapat di dataran pantai walaupun wilayah tidak begitu luas. Terdapat dua agama besar di Lubnan iaitu Islam dan Kristian yang mana agama Islam mencakupi Sunni, Syiah dan Druzi.
            Seterusnya, setibanya etibanya di lorong untuk masuk ke bangunan ACA atau lebih dikenali sebagai muassasah, jalan yang sempit , berbukit dan penuh liku tetapi ditempuh juga oleh bas yang kami naiki ini dan ianya sudah menjadi kebiasaan budaya orang arab disini. Pabila sampai di muassasah, kami menuju ke bilik mesyuarat utama dan menjalankan sesi perbincangan  dua hala antara ketua ACA iaitu Sheikh Imad Saaed yang lebih dikenali sebagai Hajj, Sis Najwa dan setiap dari kami serta dibantu oleh Sis Maryam sebagai penterjemah kami.  Isi perbincangan adalah mengenai segala aktiviti yang akan kami jalankan sepanjang berada di sini. Setelah itu kami menunaikan solat di surau berhampiran muassasah dan seterusnya kami dijamu dengan roti Lebanese yang begitu besar , daging kaftah, daging lembu, kacang kuda serta buah-buahan dan sayur sayuran. Menjadi budaya disini setiap makanan yang ada di atas pinggan tidak boleh ditinggalkan walau sedikitpun. Setelah menjamu selera, kami di bawa ke apartmen yang akan kami duduki selama mana kami di sini. Kami dilayan dengan sangat baik oleh Hajj dan Sis Najwa. Segala keperluan kami disini dipenuhinya. Kesejukan udara disini sehingga mencecah bawah 10oC dan kami dibekalkan heater untuk memanaskan badan. Kesejukkannya hingga kami hanya mampu menyentuh air untuk mengambil wudhu sahaja. Ditambah lagi dengan bekalan elektrik yang sentiasa putus putus dan kadang kadang kami bergelap untuk beberapa ketika. Waktu malam disini sangat panjang yang mana bermula dari jam 5.00 petang sehingga jam 6.00 pagi keesokannya.

Bahagian 3 : Alaa biasalaa ! Kita kan Traveler
| 00:33 | 0 Kura-kura
Tarikh : 29 Januari 2016
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait

            Udara sejuk mulai terasa setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait. Di sini hanyalah sebagai destinasi transit sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Beirut. Abang Syahrir memberi kami kupon makanan sarapan. Makanan sarapan termasuk roti berintikan keju , kek, jeruk buah dan kopi mengisi perut kami. Sementara yang lain ada yang mencari internet wifi untuk memberitahu kepada keluarga tentang keberadaan masing masing. Hampir dua jam menunggu untuk penerbangan ke Beirut amat mengajar erti kesabaran . Dalam menunggu, kami memerhati kerenah dan budaya orang-orang Kuwait. Seperti yang aku lihat, orang orang disini agak kelihatan sukar untuk mengukir senyuman mungkin kerana budaya mereka walaupun mereka sebenarnya baik baik sahaja. Dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” Ayat ini sangat menjelaskan hikmah Allah menjadikan manusia daripada golongan lelaki, perempuan, berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya dapat berkenalan dan beramah mesra antara satu sama lain.

            Hampir jam 11.00 pagi, setiap dari kami bersedia untuk melalui pemeriksaan keselamatan imegresen di pintu 22. Semua berjaya melepasi pemeriksaan tersebut dan tidak bagi ketua program kami Amin. Dia diuji dengan kehilangan passportnya dan ketika itu hampir beberapa minit sahaja lagi kami akan berlepas. Kelihatan titisan air mata pada beberapa ahli misi kami dan dia terus mencari passportnya. Walaupun begitu, kami perlu juga teruskan apa yang sudah kami mulakan dan semua terus menuju ke perut kapal terbang. Tetapi tidak lama kemudian, setelah diberi nasihat oleh Prof Norita, kak Maria dan Abang Syahrir, abang Syahrir memeriksa didalam poketnya, passport Amin dengan secara tiba tiba berada di dalam poket nya. Semua kelihatan gembira dan menarik nafas lega apabila ketua kami dapat pergi bersama.  Amin setelah itu masuk dan mengambil tempat duduk di dalam kapal terbang. Perjalanan kami memakan masa selama 5 jam untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut. Walaubagaimanapun, kejadian itu amat mengajar aku tentang erti perjuangan. Perjuangan itu penuh dengan mehnah, tribulasi dan jika ada di antara ahli pejuang tidak mampu meneruskan apa yang diperjuangkan, maka ahli yang lain perlu berjuang sehingga matlamat yang ingin dituju itu tercapai. Ukhuwwah itu penting tetapi dakwah dan misi Islam adalah lebih penting berbanding ukhuwwah. Kerana itulah ukhuwwah berada pada tahap yang ke sembilan didalam rukun baiah diatasi oleh kefahaman,keihlasan dan amal. 
Bahagian 2 : Lubnan Kami Datang
| 00:14 | 0 Kura-kura
Tarikh : 28 Januari 2016
Masa : 10.00 malam
Tempat : Pavilion USIM

Kedengaran enjin bas menuju ke perkarangan Kompleks Sukan Tunku Najihah Pavilion USIM di tempat yang kami akan berkumpul sebelum menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2). Masing-masing membawa bagasi, kotak dan beg yang berisi keperluan dan barangan sumbangan yang akan di beri kepada pelarian Syria di Lubnan nanti. Segala bagasi dan kotak dimasukkan ke perut bas sebelum bas bergerak ke KLIA 2. Tidak lama selepas itu, setelah semuanya tiba, bas yang kami naiki menuju ke KLIA 2 dan perjalanan memakan masa selama 15 minit. Di dalam jiwaku, terbit perasaan dan harapan yang besar bahawa setiap dari kami ini membawa misi yang besar dan perlu untuk tajdid niat.
            Dalam jam 10.30 malam, kaki melangkah turun dari bas. Setiap dari kami mempercepatkan langkah mengambil troli dan membawa kesemua barangan kami ke pintu pelepasan. Sementara itu, kami menunggu Prof. Dr Norita , Abang Syahrir Azfar, Kak Maria Kamel dan Kak Fiza selaku pengiring kami dan juga beberapa ahli kami yang lain yang turut akan menyempurnakan Misi Kemanusiaan kami di Lubnan nanti. Detik demi detik berlalu dan kelihatan tiba kehadiran setiap ahli dari kami dan jua sahabat handai yang datang sebelum kami bertolak ke sana. Sesi fotografi dijalankan dan setiap dari kami memegang bendera USIM, banner, dan bendera Malaysia. Hampir jam 11.30 malam, abang Syahrir membawa kami ke kaunter check-in bagasi untuk mendaftar masuk segala bagasi dan kotak barangan sumbangan. Proses memakan masa hampir satu jam sehinggalah semua bagasi didaftar masuk ke kargo atas nama mengikut passport masing masing.

Tepat jam 12.25 pagi bertarikh 29 Januari 2016, kami mendengar sedikit perkongsian dan nasihat daripada seseorang sahabat yang berpengalaman ke kem pelarian Syria di Jordan. Perkongsian tersebut sedikit sebanyak memberi kami semangat untuk teruskan misi dan ini adalah peluang yang besar untuk kami berkhidmat dan memberi sumbangan kepada golongan yang sangat memerlukan sokongan dan motivasi untuk meneruskan kehidupan di bumi ini.

Perut mula memainkan lagu keroncong dan kami masing masing diberi masa sebelum jam 1.10 pagi  untuk mengisi perut dengan makanan. Aku terus menuju ke KFC dan mengisi perutku yang lapar. Lebih kurang jam 1.15 pagi, kami semua berkumpul di pintu pagar pelepasan bagi penerbangan antarabangsa . Setelah semuanya tiba , kami semua menuju masuk membawa passport dan beg  masing masing dan segala proses kemasukan dan pemeriksaan keselamatan imegresen dijalankan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Setelah itu, kami menuju ke platform tren dan menunggu tren untuk pergi ke gate C05. Setelah beberapa minit menunggu, tren tiba dan kami tiba di gate C05. Penerbangan kami berangka KU 416 menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait dan masa penerbangan adalah pada 0325 waktu Malaysia. Setelah itu, bila pengumuman penerbangan ke Kuwait dibuat, kami terus naik atas kapal terbang Kuwait Airways dibantu oleh kru anak kapal. Kami duduk di tempat duduk masing masing setelah beg dimasukkan ke kabin.  Penerbangan ke Kuwait memakan masa selama lebih kurang 8 jam. Satu pengalaman baru sepanjang penerbangan termasuk solat di atas kapal terbang setelah masuknya waktu subuh. Sesungguhnya, pengalaman musafir kali ini mengajar aku erti kehambaan kepadaNya dan sentiasa mengingatiNya walau dimana kita berada.
Bahagian 1 : Aku Khalifah
Tuesday, 15 March 2016 | 23:38 | 0 Kura-kura